Tuesday, November 18, 2008

Berkongsi serta Menyampai Pengalaman


Aku melangkah ke perkarangan surau dengan penuh perasaan yg bercampur aduk.. Dari jauh kelihatan beberapa orang mak bapak yg kelihatan risau, ade juga muka2 yg lega.. Manakala beberapa bebudak yg dari naluri hati aku sekolah kebangsaan kelihatan sempoi berbaju Melayu yang lihat seperti terdapat paksaan dalam pemakaian mereka.. Lebih jelas keterpaksaan itu terbit dari wajah2 yg sedia muram. Hatiku digeletek oleh gelagat2 mereka yg bagi aku agak melucukan.

Bagi memenuhkan cuti akhir tahun yg sebulan lebih panjangnya, aku telah dijemput untuk menjadi fasilitator di sebuah kem cuti sekolah.. Nama penuh kem tuh Kem Hafazan dan Motivasi Ibadah.. Ini khusus untuk mak bapak yg menyedari kepentingan Al-Qur'an dalam kehidupan anak2 diorang dan juga bagi mengisi mase cuti anak2 mereka dengan mendalami islam. Selame tiga minggu, mak bapak diorang akan hantar anak2 untuk menghafal Qur'an sebanyak yg mungkin dan semestinya asas2 agama yg byk remaja sekarang ketinggalan.. Oh! sungguh menyedihkan....Aku yg dijemput menjadi fasilitator menyediakan yg terbaik bagi diriku untuk mendidik masyarakat..

Sebenarnya, aku berkira2 untuk berkongsi sedikit sebanyak pandangan aku sebagai seorang yg sekolah agama daripada darjah satu sampai habes skolah kepada mereka2 yg memakai title sekolah kebangsaan nih.. Bukannya tak pernah bergaul dan melepak2 dengan diorang, tetapi kali ini bukan sebagai kawan biase.. Aku melihat dr kacamata seorang pendidik yang b
ertanggungjawab mencurahkan ilmu agama semampu mereka dan juga aku..

Kedatanganku ke kem itu disambut penuh gembira oleh Ketua Fasilitator yg kulihat nun dari jauh sungguh bertungkus lumus menguruskan kemasukan peserta2 yg aku kira pastinya lebih drpd bajet oleh penganjur... "Aha.. Ustaz! Dah sampai pun.." ucap Ketua Fasi yg kepenatan melayan kerenah ibu bapa yg kulihat byk menarget ketua fasi itu sebagai tmpt bertanya.. Dalam masa yg sama di dalam kelas sudah byk peserta yg memgang Al-Qur'an.. Perasaan bersalah menerjah diriku melihat sapaan ketua fasi itu td memandang
kan aku sedar aku 'sedikit' lewat..

Peserta kem ini dibahagikan mengikut gred hafalan masing2..
Tahap pertama:والضحى -الناس
Tahap kedua:النباء -الليل

Tahap ketiga: Surah pilihan-untuk mereka yg dah hafal juz30

Tujuan aku bagitau tahap2 ini semua kerana ada suatu kejadian yg bagi aku melucukan, bagi aku, bagi korang aku tak tau...

Mulanya ketua fasi memberi arahan supaya ban
gun dan berkumpul mengikut umur.. Dan, ade aktiviti aper ntah... Aku dpt ar cam sket muke2 budak yang paling tua, iaitu yg berumur 15 tahun.. Dan apabila disuruh berkumpul mengikut tahap hafalan.. Perghh!! semua form3 menuju ke arah tahap pertama... Wakaka.. Aku yg tak pernah sekolah kebangsaan seumur hidupku gelak sakan di dalam hati.. Ku pandang fasilitator sebelah aku yg baru habes mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).. Aku tahu die juge tahan gelak.. Bukannya tidak menjangka perkara ini, tetapi tidaklah mengharap sangat dan tidaklah menjangka KESEMUANYA pada tahap itu..

Berbincang sebentar dengan fasilitator2 yg lain tentang masalah remaja sekarang, maka fasilitator yg kedua termuda selepas aku (aku paling muda) bukalah cerita ketika dia masih di Ma'ahad Tahfiz... Katanya ada seorang budak yg boleh dikira pandai.. setiap hari mesti hantar saba' (tasmi') dengan ustaznya 2 muka.. Tapi malangnya die sebenarnye di tengah2 perebutan antara neneknya yang mahukan dia menghafal qur'an dan ibu b
apanya yang mahukan dia masuk sekolah biase dengan alasan pelajar yg ambil agama masa depan gelap.. Dan, sudah tentu apabila bergaduh ibubapa dengan nenek tentang anak, maka ibubapalah yg dikira lebih berhak.. AKhirnya pelajar tadi keluar daripada Tahfiz tersebut dengan paksaan drpd ibubapanya..

Termenung memikirkan cerita ini, terfikir aku akan mak bapak pelajar tadi dan mak bapak peserta2 kem ini.. Pelajar tadi, mempunyai minat dan bakat dalam bidang agama, malangnya mak bapaknya teramatlah jahil tentang perkara ini... Berlainan sekali dengan peserta2 kem ini yang mana pastinya mak bapak mereka teramat mengambil berat tentang agama anak2 mereka yg menyebabkan mereka menghantar anak2 mereka ke kem ini berbanding kem motivasi yg lain, tetapi dalam masa yg sama anak2 mereka kebanyakkannya tidak berminat untuk menyertainya... dua situasi yg amat berbeza.. tapi ini semua ana dah terangkan dalam POST INI
Sila lihat jika anda mahukan penerangan yg maksima...


"Assalamualaikum.. Nama ana,erk!. Nama ustaz... Muhammad ...." ucapku yg masih berasa janggal dengan gelaran 'ustaz' yg diberikan oleh Pengarah Program kpdku untuk budak2 yg menjadi peserta.. Apatah lagi aku mengaku diriku masih berada amat jauh sekali daripada berkelayakkan untuk menggunakan 'title' itu..


Dengan pembahagian tahap tersebut, fasilitator2 juga dibahagikan.. Ketua Fasilitator dengan yakin memberi kepercayaan kpd ana untuk mengawasi tahap paling tinggi,Surah2 pilihan.. Katanya ana layak dan mampu... Walaupun pada awalnya terasa seperti berat dan susah, tetapi bila difikirkan dua kali, terasa bernasib baik pula kerana pastinya budak2 yg tahap rendah2 tuh susah nak kawal dan yg tahap tinggi nih agak senang ar.. Jadilah aku ustaz yg diamanahkan utk mentasmi' budak2 yg menghafal surah2 pilihan...

Menjaga kelas ini bukanlah sepertimana terbayang oleh otakku.. Awal2 lagi kejutan demi kejutan melanda sanubari...

Ketikamana aku masuk ke kelas ini, tertangkap oleh mataku tampang dua bdk kecik, mungkin masih darjah 4 atau 5 mengikut pengiraanku.. Seri wajah kelihatan di muka mereka, menunjukkan masih suci drpd dosa2, (bukan seperti aku yg terkadang jatuh juge..).. Tidak seperti muka2 lain yg pastinya sudah mencapai takat umur baligh.. Kekaguman berputik sedikit di lubuk hatiku melihat si kecil berdua bertungkus lumus menghafal Al-Mulk, surah pertama yg berada dlm modul kem motivasi ibadah ini.. Kupanggil salah seorang drpd mereka untuk bertanya sedikit, bertaaruf asas ukhuwwah kata orang.. Selepas nama, benda yg pastiku tanya ialah umur dan sekolah.. darjah 4 dan bersekolah di sebuah sekolah tahfiz.. Kekaguman tadi menegendur sedikit tatkala mengetahui yg dia belajar di sekolah tahfiz.. Padanlah dah hafal satu juz 30.. Imbauanku kembali mengingati diriku ketikaku darjah empat.. Entah berapa kerat sangat ayat yg kuhafal.. Senyuman paling manis kuhadiahkan kpdnya sebelum mentasmi' dulu tilawah surah Al-Mulk, takut ada yg disalah hafal, nanti payah hendak dibetulkan.. Alhamdulillah memuaskan...


"Ustaz, nak pergi tandas?".. Aku yg pd awalnya mahu mendongak melihat si penanya membatakan niatku apabila melihat aku hanya perlu mengangkat sedikit kepalaku untukku bertentang mata dengan si penanya.. Si kecil yang lagi satu rupanya.. "Nak pergi tandas? Meh sini duduk depan ustaz kejap.. Ustaz nk tanye.." aku menggimikkan perasaannya yg kulihat sejak td tidak keruan menghafal.. Mungkin sudah bosan.. "Name sape..?" aku memulakan dialog.. Senyuman mendahului jawapannya.. "Faris.." Aku kembali melihat senarai nama yg diberi kpdku oleh Ketua Fasi tadi.. "Darjah baper nih?".. "empat",jawabnya malu2.. "Sekolah dekat mane?" senyum lagi.. "Sekolah Rendah Kebangsaan Serdang..." Perghh!! perasaan kagum melanda diriku.. Sekolah kebangsaan darjah empat dah boleh masuk tahap surah2 pilihan.. Ini satu dalam seribu... Hatiku mengomel sendirian.. "dah2.. Ustaz bagi pergi tandas.." "Terima kasih ustaz" jawabnya lalu keluar...

Hari itu, kedua2 budak kecik tadi sudah habis tasmi' denganku Surah Al-Mulk.. Kagum lagi.. Lebih2 lagi dengan bdk sekolah kebangsaan itu.. Bak kata seorang anak muridku yang lain, "A'alah ustaz. bolehlah.. die tak de dosa lagi.." bijak mengemukakan alasan apabila aku mencabarnya melawan budak itu.. Budak2 nih.. bnyk betul karenahnya..

Kepalaku masih memikirkan tentang bdk sekolah kebangsaan itu.. Mengapa? Dia mempunyai bakat yang baik serta kelebihan yg mendalam dalam bidang hafalan khususnya dan agama umumnya dan sekarang dia berada di bangku sekolah kebangsaan.. Aku terfikir jika mak bapaknya masih berkeutusan untuk menyekolahkannya di sekolah kebangsaan sehingga Sekolah Menengah.. Aku tak pasti jiwanya yg suci itu mampu menempuh cabaran yg mendatang.. Sekolah agama yg belum btol2 agama pun terkadang ramai yg tewas oleh pengaruh2 rakan sebaya.. Tetapi siapa tahu jika dia mampu? Jika tidak? Oh!! Aku mesti berjumpa dengan mak bapaknya menyuarakan pendapatku.. Mungkin masih awal..


Ini adalah sebahagian perkongsianku untuk anda sepanjang cuti ini.. Meskipun sudah seminggu kem ini berlalu dan berbaki lagi 2 minggu, aku baru berkongsi hanya sedkit sahaja untuk anda berbanding beratus2 benda yg difikirkan sejak aku menjadi fasilitator dalam kem ini.. Insya Allah jika peluang datang drpd Allah dan diizinkan olehNya, aku akan berkongsi byk lagi untuk anda...

(maaf ya kepada mereka2 yg bersekolah kebangsaan.. ana tidak berniat nk menyakiti. cuma memandang dr kacamata kasihan... lebih2 lagi jika ade anak murid menjengah ke blog ini hehehe.. diam2 sudah.. kang kene dengan ustaz..)


4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ya Ustaz......

Anonymous said...

erm...bg0s la ustaz.lahir ta0n 1992! tp da ad title 'ustaz'. skunk ney nak carik anak mude gni memg la d0pl0h dalam trili0n!! huh,

bt0l la pndagn k0 2,mesti bimbing daq2 cmnih! c0z aq p0n skola agame tp trab0 gak amalan... memag dasat sungguh ujian mase kini! sm0ge nt kite sume dpt jdk ibu bapa yg bjaye! mndidik ank2 menuju keredhaan-Nya... Amin,,

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Syukran atas komennya..

First sekali.. ade kesilapan fakta dlm komen anti.. Harap oerbetulkan dan jika x tau buat2 x tau..

Second, skola agama pun dh byk yg jd mcm skola kebangsaan skang.. Jadi, kengkadang nk salahkan skolah pun x boleh..

Kesimpulannya, pilihlah Sekolah Menengah Islam Hira' untuk keagamaan yg maksima serta penghayatan yg tinggi..

afwan..

Anonymous said...

assalamualaikum..
memang ah skang ni skolAh agama cam bukan agama.. but, klu kta pk, hakikatnya org skul kebangsaan pon org islam gak kan...ter pk jer...
emm... sememangnya kte x leh slhkan skool tu, krn klu pelajar 2 mmg nk jd baik... insyaALLAH klu dia brusaha ke arah tu jd baik lah dia.. but, skolah ni amat memainkan peranan penting ...

macam skool ana, sebuah smka..tp bla tenaga pngajar x btul2 mndalami agama, sudh tntu corak pmbelajaran kt skool tu mnjurus ke arah begitu, kn..especially guru2 yg byk kaitan ngan hal ehwal pelajar.. cikgu kaunseling.. kebanyakan aktiviti yg diadakan msti cmpur banin banat.. ngan alasan, nnti jd culture shock ms kt uni.. nnti jd pasif ..
dn, dh jd tnggungjwab kte untuk mmperthnkn, kn..?? but, apalah daya..

boleh gtau serba sedikt pasal sekolah menengah islam hira' harap x mnyusahkn..

maaf...