Friday, November 14, 2008

Bicaraku Tentang Hipokrit

Kali nih ana berkira2 lah pulak untuk membicarakan tentang satu jenis ape entah.. tp lebih kurang satu perkataan yg dinamakan sebagai 'hipokrit'.. Satu bende yg sebenarnye dah terperap lama dalam draft, hanya menunggu mase untuk menge'post' sambil2 memerhatikan sekeliling untuk dtambah tokok dlm post yg sedia ada.. insya Allah, anda boleh membacanya ketika ini juga..

Melayan kerenah pembaca2 blog, maka ternampak ade satu komen membutuhkan akan post tentang hipokrit.. Maka, di sinilah akan dibicarakan tentang hipokrit.. Dari kaca mataku

Sebelum dimulakan ape2 bicare, rasenye baik untuk kita berkenelan dulu dengan ape yg kite nak bicarakan ini.. Hipokrit ye.. hmm.. Perkataan ini berasal daripada bahasa.................................

Yunani, iaitu ὑποκρίτης bermaksud hipokrit lah dalam bahase Melayu.. Dalam bahasa Hiperbolanye 'hipokarat'. Ini sasterawan sekolah ana bagitau, entah betul entah tak.. Jika lihat pada ertinya, menurut Kamus Dewan, orang yang berpura2 berperangai baik , memperlihatkan perangai berlainan daripada yg sebenarnya.. Menurut Kamus Pelajar, pendek je.. Munafik..


Dah berta'aruf dengan kawan baik anda semua, mari kite lihat bicaraku tentang perkara yang berselirat gler nih.. bak kate org puteh, complicated.. Entah.. tapi mari kita mulakan dengan cerita pengalamanku..

Bermula dengan sekolah Menegah, tingkatan 1 dengan 2 sekolah asrama (dkt mane dan sekolah itu mcam mane tak pntg.. yg pntg sekolah asrama). Bile sekolah asrama, taulah.. 24 jam di sekolah dan sentiasa diperhatikan.. Jadi, pengalamanku tentang hipokrit kt sini amatlah tak berkembang.. itu pada awal2 tahun.. Tetapi, setelah menetap berbulan2 di situ dan ramai kawan yg rapat, maka minda ana pun mulalah berjinak2 dengan perkataan hipkokrit ini... Cuti sebulan sekali yg dianugerahkan oleh sekolah diperuntukkan seboleh2nya oleh beberapa orang member ana yg memang hipokrit tahap maut.. tak tau nak ckp cmner, tp dr situ aku dh dapat mula membaca perangai budak2 yg hipokrit, ini kerana walaupun mereka menghipokritkan diri mereka, tapi takkan sampai sebulan.. dan walaupun mereka mampu, ana tetap dapat tahu siapa yg hipokrit..

Sebab itulah, jika anda semua perasan, kes jenayah peringkat sekolah yang teruk2 semuanya berlaku pada sekolah asrama... Ini kerana si pelaku jenayah tidak merkemampuan untuk 'menghipokritkan' diri terlalu lame.. hahaha..

Berbalik kepada pengalaman ana tadi... maka selama 2 tahun ana menghadapi keadaan yg mana terdapat sedikit golongan yg hipokrit di sekolah asrama ana, tapi peliknya golongan hipokrit inilah yg ana rapat dan nak dampingi? Kenape? sebab ana Sedang mempersiapkan diri menghadapi masa2 hadapan.......

Dua tahun ana kat asrama, masuk tahun ketiga ana bergelar pelajar sekolah menengah, ana dipindahkan ke sekolah biase.. (sekolah ape tak penting, yang penting sekolah balik hari2) atas desakan pihak2 yg tertentu.. Apabila sudah dikatakan sekolah balik rumah, maka merleluasalah hipokrit yg ada.. Kesedaranku tentang perkara ini dari awal2 ana masuk menyebabkan tertanam dalam diriku prinsip yg berbunyi lebih kurang begini.. "anda sedang berhadapan dengan golongan yang hipokrit". Nampak mcm kejam, apatah lagi berlawanan dengan suruhan Allah supaya bersangka baik.. Tetapi, inilah yg dipanggil berhati2 dalam berdakwah..

Dan prinsipku ini tidak sia2.. Memang seperti yg dijangka, tetapi bukan yg diharap..


Sebenarnya, dalam kita memandang perkara hipokrit ini, tak adil rasenye kalau kita hanya memandang daripada satu sudut... Mari kita bukak2 kan sikit minda anda semua.. Hipokrit, bagaimana ia boleh menjadi bagus ek? Pernah berdebat jugak dgn seorang kawan, nasib baik tgh bersemangat haritu..

Membicarakan tentang hipokrit memang susah.. Nak bercakap pun susah.. hipokrit? hipokarat? Perghh!! Lagi sedap lah dengar..Hipokarat ye.. first sekali, mahu anda semua melihat hipokarat dari sudut yang terpuji.. Bunyi macam pelik.. tp hipokrit ini (yang masih belum mencapai takat hipokarat) mempunyai kebaikan yg terselindung walaupun hanya sekelumit zarah sahaja...


Bagaimana? Baiklah.. Satu contoh paling baik.. Lihat masyarakat sekarang.. Ana lebih maksudkan mereka yg pelajar sekolah agama. Mengapa? Soalan senang.. sebab mereka sekolah agama.. ok2.. Pelajar yg sekolah agama, tanpa segan2 meng'shuffle'kan dirinya.. Nak senang faham lagi, pelajar sekolah agama merokok.. dengan baju sekolah agamanya.. Sudah tentu dalam keadaan ini hipokrit lebih utama bukan? Nak contoh lain? Lagi senang.. Masyarakat Malaysia yang ana tengok semakin tak malu2 untuk menunjukkan imej hodoh mereka.. Belah sana, belah sini, terdedah sana.. erk.. terdedah lg sini.. Waduh.. banyak lagi contoh yg lain..


Tapi, ape yg ana nk highlightkan kali ini ialah satu contoh, seorang yg bercouple dan semestinya terlalu susah untuk melepaskan diri dr belenggu couple itu.. Dalam mase yg same, die bergaul dengan segolongan orang yg tak bercouple..dan dia adalah seorang yg dikira berpengaruh.. Maka, di sini hipokrit ialah lebih baik... Sebab ape ana ckp cmtuh? Memandangkan pengaruh yang die ade, pastinya apabila die tidak meng'hipokrit'kan dirinya atas sebab mungkin akan mendorong member2nya yg lain untuk turut meng'couple'kan diri mereka.. Tetapi, mesti ade satu syarat, dia mestilah berusaha bersungguh2 untuk melepaskan diri drpd perangai buruk die.. Ana tau susah nak buat, tapi..............

Kalau nak hipokrit pun, tak payah la sampai mencapai tahap hipokarat.. erk.. maaf kpd yg tak faham.. Jika anda pernah berhadapan dengan orang yg hipokrit buat pertama kali ataupun baru2 saja, anda pasti akan tertipu habes2an dengan mereka, tetapi jika mahu menghipokritkan diri di hadapanku, maaf banyak2.. Pernah ana berhadapan dengan manusia yang, dialah yang paling bising dalam Friendster, tuduh2 orang mendekati zina.. dialah juga yang sebok2 mintak itu ini dekat aku risalah2 tentang couple.. nak bagi dekat rakan2nya katanya.. Tapi, segalanya itu tak dapat menipuku daripada pengalaman aku berhadapan dengan hipokrit.. Aura hipokarat itu masih dapat aku kesan.. Namun ku diamkan diri dulu.. ye ar.. bagilah peluang orang ini mahu meghipokritkan dirinya.. Dan, jangkaanku tak salah.. dia juga mendekati zina..


Maka, jadilah hipokritnya bukan sahaja sudah sampai takat hipokarat, malah hipokarat yg paling tercela sekali, dan malangnya, dia langsung tidak berhasrat untuk berubah, seperti mana ciri2 hipokrit terpuji yang telah ana gariskan kt atas.. Maka hipokrit jenis ini tak salah lagi memang tergolong dengan SYIRIK KECIL. Na'uzubillah..


Manakala, Hipokrit yg terpuji ini pula ana golongan ini bertepatan dengan kata2 imam al-ghazali sendiri... "بدأت بالرياء ونتهيت بالاءخلاص " Maksud: aku bermula dengan riya' dan aku berakhir dengan ikhlas... Selain itu, untuk mengukuhkan hujah aku pulak, dicadangkan kpd anda untuk lihat CERITA INI..



Maka, kesimpulannya, hipokrit itu perlu ada, cumanya tak perlu mengada-ngada... Tetapi amat memalukan jika anda mengaku sebagai Pendakwah menghipkritkan diri, walaupun sekecil manepun.. apatah lagi mencapai tahap HIPOKARAT..

Jadilah anda.. Pendakwah Bebas Hipokrit!

6 comments:

Anonymous said...

Mengapa hipokrit itu perlu? Aku x faham btollah hang nih..

Anonymous said...

hm...aq memg stuju ler ngan k0!! ade s0rg akk kt skul aq p0n pena kate g2...(skul ape xya taw tp skul agame ler) peh kt lu0 skul memg bliau ter0k giler!! aq xsangke lak bliau teruk cm 2! huh,, aq rase bliau mengaplikasikan hip0krit 2 dalam id0p bliau,, tp aq rase bliau terlalu excited ngan 'hipokarat'!! cm xley caye lak sesetengah muslimat yg cm 2... tp kt skul kal0 ko tg0k bliau memg la kagum...cet,, s0ri aq ter'ngumpat' lak kt lam bl0g ko ney!! hahax... neway aq kagum ler ngan k0... hua3...

Nawfal Fathel said...

qudwah hasanah lebih baik...manis dan cantik. Sbb nabi rasanya x prnh lak berhipokrit.

ada satu cerita bagaimana nabi mengajak kanak2 kurangkan mkan gula2 sdgkn nabi juga suka akan gula2. Tapi nabi ttp m'tgglkan gula2 utk m'pastikan ajakannya berkesan....

nice post

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Ya.. tepat sekali..

Jika anda mahu tegur, anda buat..
Jika anda tegur,tapi tidak buat, maka jadilah anda seperti si hipokarat dalam entry ini..

ana x reti nak buat cerita2 mcm teratak 'enni gharib' dgn 'mari berfikir'..asiff jika mesej x sampai..

Anonymous said...

hai "manusia",
siapa anda nak menghukum/melabel/menyebar2kan keaiban seorang hamba Allah atas kesilapannya?

utamakanla bersangka baik.
hati manusia, siapa dpt duga?
dia manusia, anti pun manusia.
same2 lemah pada asalnye.
jangan kagum lebih2, jgn benci lebih2.

pi la tegur die bebaik, org yg ditarbiyyah ni biasanya sng menerima teguran..

Anonymous said...

'budaksmka'... sori la ae... xtaw lak akn ade org yg tersentuh lak,, kwan2 aq p0n kate aq laser gak... tenks bg teguran. agak membina la... j0m join aq jadik pendakwah bebas! aq jnis keca n kec0 jdk ley la k0 teg0 aq bebile mase... hehe... aq ney lemb0t ati laup0n laser tahap nk mati... uppss... sori... haha,, Salam'alaik...