Sunday, November 16, 2008

CORETAN BUAT PEJUANG!!!


Isi Penuh


"nak tak aku tunjukkan sesuatu yang membolehkan kamu berkasih sayang?""bahkan, ya rasulullah""Sebarkanlah salam diantara kamu."


Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh..

Sekadar mengenang kembali kurniaan Ilahi kepada diri ini yakni nikmat TARBIYAH di sebuah 'GUA' terpencil di ceruk jeram...

Suka untuk dikongsikan sebuah risalah yang pernah ditampal di softboard BADAR di gua ini yang di rasai perlu diketahui dan difahami oleh seluruh umat islam umumnya dan yang bergelar du'ah(walaupun sepatutnya semuanya menjadi du'ah)

Sebuah risalah yang ditampal sebulan sebelum bermulanya 'silent killer' yang berbunyi:

"TERKADANG ADA KELUHAN DALAM PERJUANGAN?TERKADANG ADA BISIKAN-BISIKAN YANG MENGUJI KEIKHLASAN....


1. Apakah yang kita harapkan dari usaha dan amanah kita ini??

"Aku tidak meminta dari kamu sesuatu ganjaran. Bahawa ganjaran untukku hanya pada tuhan sekelian alam semata-mata"(asy-syura:109)

2. Kenapakah sedemikian?? kerana

" Dan rahmat tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan"(az-zukhruf:32)

" Dan disisi Allah terdapat ganjaran yang besar"(at-taghabun)

3. Apakah ganjaran itu??

" Dia akan mengampunkan dosa2mu dan memasukkan ke dalam syurga2 yang mengalir dari bawahnya sungai2 dan rumah2 yang baik di syurga adn. itulah kemenangan yang besar"(as-saff:12-13)

4. Jika tiada sokongan manusia, tiada gaji, tiada harta, tiada karier dan nama bagaimana akan jadi hidup ini, bagaimana dapat menyumbang untuk usaha ini?

" Cukuplah bag kami Allah, ia adalah sebaik2 tempat bergantung"(ali-imran:175)

" dan menjadi hak Allah untuk bantu org2 beriman"(ar-rum:47)

" wahai org2 beriman, sekiranya kamu bantu agama Allah nescaya Allah akan membantu kamu dan mengukuhkan kedudukanmu"(muhammad:7)

5. Anda perlukan glamour dalam hidup ini??

" izzah (kemuliaan) adalah milik Allah, rasulNya, dan org beriman"(al-munafiqun:8)

" sesungguhnya izzah itu adalah milik Allah seluruhnya"(an-nisa':139)

6. Tapi, kerja ni sukar..kita dicemuh..banyak masalah dan karenah..

" kalau kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu..tetapi tempat yang dituju itu terasa amat jauh dan sukar bagi mereka"(at-taubah:42)

7. isteriku, anakku, suamiku, hartaku??

" katakan sekiranya bapa2, anak2, saudara2,pasangan2, keluaraga2, harta kekayaan yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 yg kamu cintai lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan berjihad di JalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan meputusanNya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada org2 fasik"(at-taubah:24)

8. Masih punyai banyak alasan??

" orang2 yg beriman kpd Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin (memberi alasan) keadamu (muhammad) untuk tidak melakukan jihad dengan harta dan diri mereka. dan Allah mengetahui org2 yg bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin (mmberi alasan) hanyalah mereka yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudiaan dan hati mereka ragu2 kerana itulah mereka selalu bimbang dgn keraguaannya"(at-taubah:44-45)

9. Tidak puas hati kerana tidak naik gaji , pangkat atau tiada bonus dan pujian??

" dan diantara mereka ada yang mencelamu tentang pembahagian zakat, jika mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati tetapi jika merka tidak diberi sebahagian dengannya serta merta mereka menjadi marah. Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dgn apa yang Allah dan RasulNya berikan kepada mereka dan berkata 'cukuplah bagi kami Allah. Allah aan memberi kami sebahagian dari kurniaNya dan sedemikian pula RasulNya. sesungguhnya kami orang2 yg berharap kpd Allah"(at-taubah:58-59)

10. Sekiranya kita membiarkan dunia ini mencelah antara kita dgn pejuangan ini??

" wahai org2 yg beriman! mengapa sekiranya dikatakan kpdmu 'berangkatlah kejalan Allah' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?Adakah kamu redha kehidupan dunia dari akhirat? Sesungguhnya nilai hiudp dunia adalah sedikit. Jika kamu TIDAK berangkat ke JALAN ALLAH nescaya ALLAH akan MENGAZAB kamu dngn AZAB PEDIH dan akan mengGANTIKAN kamu dan kamu sedikit pun tidak akan memudaratkan Allah, sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala sesuatu"(at-taubah:38-39)

11. hmmm... masih tidak yakin??

"ini adalah kitab yang tiada keraguan kepada nya, petunjuk bg org2 bertakwa"(al-baqarah:2)

"sesungguhya ALLAH TIDAK MUNGKIRI JANJINYA"(ar-ra'du:31)



fuhh..penat tulis balik risalah tu.. itulah risalah yang telah menarik minat diri untuk dikongsi bersama ikhwah dan akhawat sekelian..

"apa yg kamu tggl kpd isteri dan anak kamu?"tanya ar-arrasul.."Allah dan RasulNya" jawab ringkas Abu Bakar ketika menyerahkan seluruh hartanya untuk menampung kos tentera islam dan dia tidak menjadi miskin slepas itu malah hidup lama lagi.. YAKINLAH dgn janji Allah ikhwah dan akhawat sekelian..kita tidak akan mengulangi sejarah selagi mana kita tidak contohi sifat generasi awal yang mana sehingga digelar 'jiilul fariid'..wallahhu'alam


(sekadar coretan buat diri ini dan minta maaf kepada biro utk bkp hira kerana tidak meminta izin untuk menulis risalah ini...huhuhu)

3 comments:

Anonymous said...

hm... aq trase mcm diri aq berat jerk nak realitikan impian aq slame ney. nice artikel walaup0n bkn hakcipta k0! hehe,, dunia ney memang singkat tp nak mengharungi dugaan tu masyaAllah,, jujur aq kate, aq memang lemah. qudratku hanya berbekalkan title 'gadis'.apelah sangat kekuatan yang aq ade. hm...para penceroboh blog sume d0akan la aq jadik muslimah yang sanggup dan mampu menegakkan syiar Islam. Amin..

ainunsailahnordin said...

ana doakan manusia :-)..
agar mnjadi seorg muslimah solehah sebaik2 hiasan dunia..
yakinlah, tiada apa yg susah jika kta benar2 inginknnya, ikhlas lillahitaala..
andai kita pasakkan niat semata2 kerana ALLAH, insya ALLAH, DIA akn memandu hati kita.. genggam lah hidayah tu, sebelum ia lari..
sama2 kita, ya, sahabat..?

Anonymous said...

syukran kpd ainunsailahnordin,,

insyaAllah, sekarang nih p0n ana bru jerq nak brubh..sdikit demi sdikit,,huhu... tenks,,