Wednesday, November 12, 2008

Hikayat Setan Merah...

(Hari nih tibe2 aku terasa nak mengasah bakat aku yg MUNGKIN terpendam dlm bidang penulisan.. wakaka.. tak tau hebat ker tak.. jd boleh ar korang menghantar komen untuk penulisan yg susah difahami oleh segelintir golongan kt blog ana nih..Jika anda rase mcm tulisan ana merepek, sila lihat ianya diletakkan di bwah label ape..Dan anda disarankan untuk membaca post INI dahulu untuk memudahkan pemahaman..)


Tersebutlah kisah sekumpulan setan yang digelarkan sebagai Setan Merah.. Uniknya Setan Merah ini, ia terdiri drpd setan2 seluruh dunia.. Wah! Dengan diketuai oleh seekor setan daripada Scotland yg telah lame berkhidmat sebagai Setan Merah yg dulunya pernah juga menjadi org bawahan.. Manakala orang bawahannya pula dikepalai oleh warganegara England, yg juga mengalas jawatan sebagai Menteri Pertahanan dlm organisasi kumpulan ini. Sebelum terlupe,eloklah diberitahu bahwa Setan Merah ini beroperasi di sebuah negara di Eropah, maka tidaklah hairan apabila kebanyakkan anggotanya terdiri drpd org Eropah..

Bermulalah Ketua orang atasan, si Scotland ini berkira2 untuk menambah anggotanya daripada seorang yg boleh kira menyengat dalam gerak serangan.Maka terpikatlah ia akan seorang yg ketika itu masih belum tergolong drpd kalangan setan iaitu seorang warganegara Bulgaria
. Terpikatnya dia akan si Bulgaria ini bukan calang2 terpikatnya. Namun, bknnya mudah bg setan Scotland ini untuk mengambil si Bulgaria itu kerana si Bulgaria ini rupanya juga berada di bawah satu kumpulan yg pada segi lainnya adalah kumpulan yg setaraf jenisnya dengan Setan Merah. Maka, apabila sama jenis, bermakna dia juga mempunyai seorang ketua. Maka untuk mengambil si Bulgaria ini, berhasratlah kepada penyetujuan si Ketua kumpulan si Bulgaria ini yg juga terkenal sebagai Kumpulan Ayam.

Maka, diletakkanlah syarat untuk mengambil si Bulgaria ini oleh ketua Kumpulan Ayam ini dengan harga 30 juta. Mencanaklah si Scotland mencari duit dalam masa yg sama mahu mengekalkan organisasinya yg juga banyak membuat akan terpikatnya kumpulan2 yg setaraf dengan Setan Merah dan Kumpulan Ayam.

Dalam situasi yg lain pula, tersebutlah akan sebuah kumpulan yg setaraf dengan Setan Merah iaitu dipanggil Meriam (bukan Maryam). Ara
kianlah akan kumpulan ini amatlah bermusuh dengan Setan Merah kerana akan banyaknya anggota kumpulan ini daripada kalangan orang Islam. Oleh kerana ghairahnya Setan Merah untuk menguatkan kumpulan itu dengan hasrat untuk membeli si Bulgaria, maka menysunlah strategi Meriam untuk juga menguatkan barisan serangan untuk menandingi Setan Merah. Berlainan dengan Setan Merah, dengan senang Meriam dpt menambah ahli tanpa memerlukan duit yg banyak. Oleh kerana untuk menandingi Setan Merah yg mahu menambah lg setan ke dalam organisasinya, maka pemain yg ditambah Meriam juga seorang yg islam dan kuat agamanya drpd warganegara Perancis berketurunan Algeria.

Berbaliklah pula ceritanya kpd hasrat ketua Setan Merah, si Scotland untuk menambat si Bulgaria. Oleh kerana susahnya ketua Kumpulan Ayam untuk melepaskan si Bulgaria yg sememangnya sanagt berkehen
dak dia untuk menyertai Setan Merah, maka si Scotland itupun mengalih tumpuan kpd seorang lg yg cukup berbakat dalam serangan. Khabarnya orang itu adalah bekas pemain Meriam. Malang sekali bg Setan Merah kerana hasratnya ditentang sekeras2nya oleh penyokong2 Meriam dan oleh orang yg mahu itu sendiri kerana dia adalah penganut islam!

Kesedihan Setan Merah dan penyokong2 tidaklah lama apabila si Bulgaria dilepaskan juga pada saat2 akhir oleh Ketua Kumpulan Ayam. Maka jadilah si Bulgaria itu sebahagian anggotanya drpd Setan Merah
dan menjadilah dia seekor setan yg berbakat.


Dipendekkan cerita, maka bertembunglah kumpulan Meriam ini dengan si Setan Merah yg mana dari awalnya tampak memihak kepada si Setan Merah atas kecederaan yang dialami penyerang utama Meriam, si Hitam dr Togo dan juga sekatan yg dikenakan ke atas penyerang tonggaknya juga yg beragama islam drpd Belanda. Maka, berseriaulah akan kesemua penyokong2 Meriam mengharap kepada penyerang2 mudanya. Manakala si Scotland dan segala penyokong2nya pula melebarlah senyuman sekaliannya..

Maka, perlawanan dimulakanlah dengan tiga daripada kumpulan Meriam adalah penganut islam yg mana merupakan musuh utama Setan Merah. Terjadilah sebelum permainan secara lazimnya akan orang baru Meriam dr Perancis itu mengangkatlah ia akan tangannya ke langit seraya memanjatkan doanya ke hadrat ilahi.

Dipendekkan ceritanya, tumbanglah akan seluruh Setan Merah apabila dua tembakan padu daripada orang baru Meriam itu membuatkan kalahnya Setan Merah. Terduduklah akan si Scotland dan juga orang2 Setan Merah. Manakala orang baru Meriam itu lantas memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi sambil terigat dia akan ayat Al-Qur'an..



اءن نصرالله قريب


Maksudnya:pertolongan Allah itu adalah sgt dekat..

Teringatlah pula akan ketiga2 penganut islam yg berlawan dengan Setan Merah tadi akan nasib yg menimpa orang islam sedunianya.. Adakah ini merupakan satu permulaan dan tanda yg diturunkan drpd Allah sebagai titik mula pertolongannya akan Ummat islam?

Tembakan Pertama


Tembakan Kedua



7 comments:

Anonymous said...

Weyh... pandai hang ngutuk ManU ek.. ko x tau ker yg aku nih kipas susah mati (die-hard fans) ManU..

Ape2pun, bakat penulisan ko memang terpendam.. patut pun asek tertampal je dkt papan kenyataan skola..

Anonymous said...

Perghh... Ustaz yg sporting..

Ustaz layan bola jugak ker? Dasyat juge pengetahuan ustaz psl bola.. sume btol2 belaka pulak tuh..

Yg pntg Arsenal akan menanag season nih sebagai titik permulaannya kemenangan ummat islam.. betul tak ustaz?

student said...

fullamak....comei3x...

berbakat dlam penulisan nih..:D

Anonymous said...

kuang ajo kutuk MU..jage ko!!
see you in court..tottenham!!

SirAlep said...

muahaha..
nampaknya kamu boleh menggantikan faisal tehrani dalam dunia penulisan bersifat islamik nih..hehe

mad jgn TERSILAU pulak dengan ketidak sokongan enta ke atas MU tuh..

Anonymous said...

MANCHESTER UNITED
THE KING OF EUROPE!!
ingat tu..bukan macam tottenham..
tuih..lopek!!

Anonymous said...

o0h...manU i'm s0ri...i terpakse curang ngan u...i'll ch0ose 'the gunners' s0ry... wahaha... memang setan merah t0l ler!! hm!!