Wednesday, July 2, 2008

Wasiat Seorang Pejuang

Bagi mereka yg berkecimpung dlm jalan dakwah pastinya tidak asing lagi dengan nama Hasan Al-Banna.. Pastinya terlalu menghayati tentang sejarah serta cara hidupnya. Terima kasih ana ucapkan kpd Ibnu Sanusi kerana mengingatkan ana tentang pengasas Ikhwanul Muslimin ini.
Bagi mereka yg mengatakan berada dlm jalan dakwah tetapi tidak mengenali beliau secara mendalam ataupun hanya mengenali nama sahaja sudah tentu seringkali terpesong manhajnya ataupon dpt dikesan kepincangannya dlm pendapat2 yg diluahkan dlm web blog masing. Ini kebanykkan terjadi apabila seseorang itu hanya tahu IKUT-IKUT ataupun TIRU-TIRU dlm kerja dakwah ini.

Maka, apabila teringat tntg orang yg sudah meninggalkan alam yg fana ini, sudah pasti kita akan bercakap tentang pesanan terakhir ataupon apa yg dikenali kini sebagai wasiat... Jadi, sebagai tazkirah bg diri ana dan juga bg mereka yg hanya pernah mendengar Hasan Al-Banna hanya sebagai nama seorang manusia sahaja, ana letakkan 10 Wasiat keramat drpd Hasan Al-Banna sebagai mengingati perjuangannya dan yg plg penting method dakwahnya...



10 WASIAT HASAN AL-BANNA

1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan, usahakanlah semampu yg terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba perhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir... Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku, dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula, iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi...??

4) Wahai kawanku, usahlah bertarung pendapat tanpa adabnya..!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan.... itulah syaitan L.A..

5) Wahai kawanku, senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Salahuddin Al-Ayubi tidak pernah ketawa sebelum beliau membuka Baitul Maqdis.... ketika ditanya, dijawabnya: "Bagaimanakah mampu aku ketawa sedangkan Baitul Maqdis masih lg berada di bwh kekuasaan org kafir..!!"

6) Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan ...! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam makanan. Jika berlebihan akan masin dan rosaklah makanan tersebut.

7) Wahai kawanku, kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula...Luqman al-Hakim(bukan luqman 2-kindi) juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai..

8) Wahai kawanku, usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan orang lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan ... Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain..! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Wahai kawanku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian..Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung..Pelbagai lapisan datang berkunjung.. Pelbagai darjat datang berkunjung... Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa berehat. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu...Hormatilah waktu mereka... Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..


(Muhasabah diri sambil memberi peringatan....Harap bagi sesiapa yg hanya tahu TIRU-TIRU ataupon IKUT-IKUT sahaja dpt mngambil iktibar...)

6 comments:

mohad said...

salam... apa khabar...

Anonymous said...

assalamualaikum..
sebuah perkongsian..

pesanan akhir (syed qutb)
~salah seoran anggota pertubuhan ikhwanul muslimin~

saudara!
seandainya kau tangisi kematianku,
dan kau siram pusaraku
dengan air matamu
maka di ats tulang2 ku
yg hncur luluh,
nyalaknlah obor buat ummat ini
dan.......
teruskn prjlanan ke grbang jaya

saudara!
kematianku adalah suatu prjalanan
mndptkn kekasih yg sedang merndu
taman2 d syurga tuhanku bangga menerimaku,
burung2 nya brkicau riang mnyambutku
bahagialah hdupku d alam abadi

saudara!
puaka kegelapan pasti akn hncur
dn alam ini akn dsinar fajar lg,
biarlah rohku trbang mndapatkan
rindunya

jgnlah gentar brkelana d alam abadi
nun d sana fajar sedang memancar..

(dtulis bbrapa ketika sebelum mnemui syahid)

p/s: terasa pula bla dkatakan hnya tiru2 dn ikut2.. krn ana sndiri x istiqomah d jln dakwah.. syukran..

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Ya.. benar sekali dan tpt sekali perkongsian anda..

Memang mengenangkan Syed Qutb ini bergitu byk jasanya menyambung perjuangan Hasan Al-Banna..

kebetulan sahaja baru lps habis bace Ma'alim fit Tariq, karangan Syed Qutb ketikanya di dlm penjara

Anonymous said...

assalamualaikum..
ana sndiri sedang mmbacanya..
moga anda boleh kongsi ilmu2 yg dperoleh dr buku trsebut d blog ini..
syukran..

Anonymous said...

ya! aq paling terharu semasa membace kesah hajja zainab al-jubaili. yg berjuang seiring dgn ikhwanul muslimin. seksaan yg di alaminya, masyaAllah, berat sungguh...

yg amat... astaghfirullah...sungguh menyayat hati...pemerintahan mesir yg kejam pd waktu i2! Presiden Jamal Nasser...kejam! huh,

'atas perintah Jamal Abd Nasser, Zainab Al-Jubaili mesti di seksa seperti seksaan seorang lelaki!'

di robek oleh anjing ganas, berada di penjara air, penjara tikus, di biarkan dalam penjara air yg busuk dan kotor, stiap hari badannya di sebat lbih drpd 500 kali.hny di beri mkn keju busuk dan air yg kotor(kalau xclap la).dan bnyk ag seksaan yg dihadapi olehnya...

dan zainab al-ghazali al-jubaili ini lah yg bkerjasama dgn syed qutb, slepas Hassan Al-Bana meniggal dunia..krena dy telah berbai'ah dgn Hassan Al-Bana untuk mewakafkan dirinya di jalan Allah..

(hm...skali skala kene la masukkan kesah perjuangn wanita, xkurang hebatnye!) syukran...

Muhd Al-fateh said...
This comment has been removed by the author.