Thursday, April 23, 2009

Ada Apa Dengan Suara?

(perhatian: baca sehingga habis.. jangan baca separuh dan berhentikan bacaan kerana timbul andaian dalam kepala anda yang dicelah oleh Syaitan L.A)

Tersebutlah kehidupan di sebuah sekolah yang diwartakan sebagai sekolah ugama agama. Suasana kelihatan indah, dengan seragam sekolah yang putih, menandakan kesucian. Pelajar2 di sana yang pandai menjaga adab, tahu batas pergaulan, dan macam2 lagi. Jika dilihat, memang boleh dikatakan sebuah sekolah yang INDAH.

Apa yang menarik apabila tiba proses pembelajaran dan pengajaran bermula. Seperti biasa, ternyata sang Hawanya lebih menonjol berbanding sang Adam yang masih di tahap permulaan kematangan kata orang, namun masih tahu dan 'arif tentang selok belok agama, mungkin terlebih 'arif. Ini dapat dibuktikan apabila sang Hawanya 'ter'naikkan sedikit volume suaranya, lantas dengan cepat pihak sang Adam berteriak, "Woi! perlahan sikit.. suara aurat." dan begitulah.. apabila ditegur, buntu seribu kata sang Hawanya.. Kasihan, namun mungkin kebaikannya besar juga..

Cerita diteruskan apabila seorang guru masuk mengajar. Dan tatkala si guru tersebut sedikit berang dengan perangai 'pramatang' sang Adam, pitching ataupun volume suaranya naik sedikit, satu perkara normal bagi mereka yang diselubungi kemarahan yang amat. Lalu, sang Adam yang walaupun pramatang, tetapi masih tahu serba serbi dan arif tentang selok belok agama dengan cepat melaungkan kata2 kegemaran, "Suara aurat... perlahan sikit.." dan seperti tadi, terdiam seribu bhasa sang empunya suara.. Dan begitulah juga dengan yang lain2nya....

Begitulah betapa syadidnya sang Adam.. Itulah mereka di sekolah..


Tapi, bagaimana di rumah? Apa yang didapati sangatlah mengecewakan..

Mereka2 yang melaung2kan "Diamlah.. gedix gile korang.. suara aurat tau tak!".. dan juga yang mengesound guru2 mereka dengan selambanya, "suara aurat.. perlahan sikit".. Mereka2 inilah juga yang menghiasi ruang2 ear canal (corong telinga) mereka dengan lagu2 nyanyian wanita dengan selambanya.. Mereka inilah yang mendengar suara perempuan yang telah diperindah oleh syaitan L.A dengan selamba tanpa ada sekelumit pun rasa bersalah.

Apa ceritanya? Mana pergi ketegasan mereka2 ketika di sekolah? Adakah penurunan Iman secara mendadak menyebabkan perkara ini berlaku? Ataupun sebenarnya memang natijahnya ketika mereka berada di sekolah itu palsu2 belaka? Munafiq, hipokrit, hipokarat, dan lain2.. Sungguh mengecewakan.. EMbarassing..

Apa2pun, memandangkan ini entry/post ketiga ku beturut2 tentang pandangan aku yang lemah ini tentang lagu dalam Islam, maka aku cuba mengintai ini dari dimensi yang sedikit berbeza. Ini sebenarnya lebih kepada suatu kenyataan yang kurang tepat yang sering diterima pakai oleh KEBANYAKKAN orang dalam SESETENGAH perkara.. Iaitu....

Suara Wanita, Aurat?

Benarkah suara wanita itu aurat, seperti kisah yang disebutkan di atas? Sejauh manakah suara wanita itu dikira aurat?

Sebelum itu, aku yang faqir inimenyatakan bahwa, memang sudah dikira terlambat sebenarnya untuk mengupas benda yang sudahpun sebahagian besar penggiat islam di internet mengupasnya. Apa2pun, memandangkan ramai yang masih samar2, tak pasti dan tak yakin dengan ulasan, ataupun masih kurang faham, maka dengan kefahaman aku yang lemah lagi hina ini, cuba untuk menyampaikan kefahaman ini kepada anda semua. Oleh itu, TOLONG JANGAN BERHENTI MEMBACA PADA TENGAH2 ENTRY INI supaya tak timbul sebarang fahaman yang pelik yang mana akhirnya nama Cetusan Minda juga yang disebutnya..

Untuk menjawab persoalan di atas mari kita lihat hujah secara naqli (berdsarkan hadis dan Al-Qur'an) dahulu. Di sini ingin aku jelaskan bahawa perbahasan samada suara wanita adalah aurat atau tidak belum ada satu ijtihad yang dibuat secara qat’i(putus). Ini bererti pintu ijtihad mengenai isu suara wanita masih dibuka. Kalau kita suluh tentang masalah suara pula, sejauh yang kita lihat dalam Quran dan hadis, belum ada ijtimak ulama mengatakan haram. Dalam Quran atau hadis tidak ada dalil dan nas yang qat’i secara tegas mengatakan haram . Para ulama berijtihad tidak seia sekata.

Berbalik kepada persoalan, adakah benar2 suara wanita itu aurat?

Sebelum aku cuba huraikan lebih lanjut, elok kita tengok pada fatwa yang wajar kita percayai tentang suara wanita,

"Dengan tegas kami katakan bahwa suara wanita bukanlah aurat, karena sesungguhnya para wanita di zaman Nabi selalu bertanya kepada Nabi shallallaahu 'alayhi wasallam tentang urusan-urusan agama Islam, dan mereka juga selalu melakukan hal yang sama pada zaman Khulafaur Rasyidin serta para pemimpin setelah mereka."

Rjukan:Fatawa Al-Lajnah Ad-Da'imah lil Ifta', fatwa no 9522. Disalin dari Fatwa-Fatwa tentang Wanita (Darul Haq)


Begitulah dia, kebenaran hakikat tentang suara wanita.. TAPI, JANGAN HABISKAN MEMBACA LAGI..! Sila teruskan membaca..

Jika begitu, bagaimanakah boleh timbul kenyataan suara wanita itu aurat? Takkanlah tiba2 sahaja timbul kenyataan ini. Jika tiada angin, masakan pokok tercabut bergoyang. Ingat! fatwa di atas bukan bermakna anda (sang Hawa) boleh dengan sesedap hati berbuat sesuka hati dengan suara kurniaan itu. Suara bukan aurat bukan bermakna anda boleh keluarkan secara semberono. Kenyataan atau ungkapan yang suara anda adalah aurat bukan satu ungkapan yang sia2 semata2.. Ia punyai banyak kebaikan jika anda faham natijah daripada ungkapan tersebut..

Hujah ana berkata begitu kerana berdasarkan firman Allah:

فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ

Maksudnya: "Maka janganlah kamu tunduk (melembut2kan) suara kamu dalam percakapan, maka berkeinginlah orang yang terdapat penyakit dalam hati mereka." (Al-Ahzab:32)

Maksud ayat ini ditujukan kepada seluruh kaum Hawa Muslimah, meskipun permulaan lafaz ayat ini merujuk kepada isteri2 nabi. Perkara yang jelas di sini ialah, betapa perlunya seorang wanita itu untuk menjaga dirinya daripada bahaya orang yang mempunyai penyakit dalam hati mereka. Tak kisah apa pun perbuatan yang membawa kepada membuaknya keinginan, senang cerita nafsu syahwat 'mereka2'.. Bukankah senang untuk difahami bukan?

Kembali kepada suara, elok rasanya jika ana munculkan lagi satu pemdapat , kali ini oleh Imam Zarkasyi, yang ringkas iaitu:

"Suara perempuan tiada haram diperdengarkan kecuali jika timbul kepada lelaki ajnabi (bukan mahram). Demikian juga jika ianya sudah memang pasti menimbulkan kelazatan kepada pendengar"

Begitulah kiranya, jelas bagi anda semua. Tak salah jika wanita tinggikan suara mereka sedikit agar dapat didengar, tak perlulah sampai meeting dengan boss sampai boss tak dengar, berjual beli sampai timbul salah faham tentang harga, dan macam2 lagi. Senang cerita, dalam bab mu'amalat, asalkan jangan menggedikkan suara seperti timbul nada ria dan bersuara riang sehinggakan perbualan meleret2 sampai kepada topik yang tak diingini dan tak sepatutnya bagi ummat Islam. Cukup menggambarkan kita ini seorang yang menjaga tingkah laku sebagai seorang muslimah sejati dengan bercakap dengan sopan dan penuh bermaruah.. Biar mereka yang berinteraksi dengan kita faham yang bahwa sesungguhnya anda itu seorang yang menjaga imej sebagai soerang muslimah. Maka, terdetiklah "eh, dia ni jaga pergaulanlah.. tak yah la cakap panjang.." .. Manakala jika sebaliknya, fikir2lah sendiri..

Tentang lagu nyanyian perempuan pula, ini adalah antara perkara yang paling aku pantang sekali. Jika mereka2 yang layan lagu2 lagho pasang lagu di hadapan aku, aku akan tegur jika aku rasa boleh, jika tidak, aku beri amaran saja "kalau aku dengar suara perempuan, siap handset kau." Woha!! SYadid bukan? Apatah lagi jika mereka itu tergolong daripada watak2 kisah di atas?

Aku bukan bertindak membabikhinzir buta semata2.. Aku punya dalil yang cukup kuat untuk menyokong perlakuanku ini.. Hadis Nabi:

الْبِرُّ مَا سَكَنَتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ. وَاْلاءثْمُ مَا لَمْ تَسْكُنْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَلَمْ يَطْمَئِنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَإِنْ أَفْتَاكَ الْمُفْتُونَ

Maksudnya:"Kebaikan ialah apa yang menteteramkan jiwa dan menenagkan hati, sedangkan dosa ialah perkara yang tidak ditenterami oleh jiwa dan tidak ditenangi oleh hati, WALAU APA PUN YANG TELAH DIFATWAKAN OLEH ORANG YANG MEMBERI KEPUTUSAN.(Riwayat Imam Ahmad dari Abi Tha’labah dan disahihkan lagi dalam kitab Sahih al-Jami’ as-Saghir)

Sejujurnya,aku tak pernah melihat manusia berubah dengan mendengar nasyid perempuan,(lagu toksah cerita lagi.. aku memang reject) berubah menjadi baik, malah aku lihat perkara sebaliknya.. Berlainan dengan beberapa nasyid lelaki yang sudahpun dijamin keberkesanannya.. Aku bercakap dengan pengalaman, tak tahu jika ada antara anda yang berpengalaman sebaliknya..

Kesimpulannya, suara wanita bukanlah aurat secara mutlak, tetapi ianya wajib dijaga dan digunakan berpada2, agar tak ia dijadikan 'aurat' oleh sebab penggunaan anda sendiri.. Wallahua'lam


8 comments:

Anonymous said...

betul ke? kalau meninggikan suara tak pe? bukan ke tak sopan kalau seorang perempuan meninggikan suara?? mungkin itu pandangan anta sebagai seorang lelaki..

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Bukan meninggikan suara takpe.. ade ke ana tulis cmtuh?

Apa yg dihighlightkan di sini ialah kesopanan.. Memang meninggikan suara dilihat tidak sopan oleh mana2 pihak pun, cumanya jika berurusan, jgn terlalu perlahan suara.. Itu bukan lagi dikategorikan sebagai sopan kalau sampai tak dengar dan tak sampai apa yang hendak disampaikan.. Cukup sekdar menunjukkan yg kita ialah seorang yg menjaga kesopanan itu sendiri..

Sopan itu subjektif bukan? Tapi subjektif juga ada salah dan betulnya..

Cahaya Mata Abdullah said...

Salam ziarah..

urm2..
"cumanya jika berurusan, jgn terlalu perlahan suara.. Itu bukan lagi dikategorikan sebagai sopan kalau sampai tak dengar dan tak sampai apa yang hendak disampaikan.."

wuhu.. ana terase betul..
ana still bersekolah, and x slalu bercakap.. when, kawan2 ana dtg bersembng dengan ana baik lelaki atau perempuan, ana jwb la mcm biase, tapi mereka always said, " ape?? x dengar la"
T.T dah suara ana kecik jer.. nak buat camne..

kadang2 tu, time motivasi, fasilitator akan bertanye mcm2 soklan, bile ana jadi sasaran, ana kne la jugak bercakap, then dengan suare yg halus mulus nih, manenye diorang nak dengar.. salah ana juga ke ni erh ?

pelajar sekolah said...

post yg berguna dan nampaknya telahpun ditampal di satu sudut itu..

apa-apa pun diingatkan bahawa suara wanita itu menjadi aurat apabila dia meng'sreet'kan suara dia.maksudnya seperti jerit2. dan bukanya aurat bila nk jawab soalan time blaja.

bila jawab sikit..dah kene "shhhh". tak ke bengang org yg tgh jawab tu. jadi lepas ni.. berpada-padalah bila nk buat 'shhh' tu. jamin ke benda tu diredhai? lagi sakitkn hati orang ada.

sila pilih masa yang sesuai untuk mengalunkan shh korang tu.

Anonymous said...

post yang berguna dan nampaknya telahpun ditampal di satu sudut itu..

memamnglah suara wanita itu aurat tetapi apabila dia meng'slect'kan suara sahaja.maksudnya seperti jerit2.

bukanya time belajar. baru jawab terkuat sket dah kena 'shhhh' tak ke saket hati org yg jawab uh.

jadi selepas ini.. berpada-padalah dalam membuat 'shhh' korang tu. jamin ke bahawa benda tu diredhai?

Afifah Mohamad said...

salam..
syukran atas post ini..
dapat jwpn akhirnye..

mohon tunjuk ajar.. bagaimana mahu berbicara dgn nada yg spatutnya..

harap perjelaskan..

hamba Allah said...

salam,

ana cuma ingin berkongsi pendapat..
ada yang mengatakan..
walaupun suara itu dijaga, namun masih ada dikalangan lelaki yang tertarik..

apa kata nta??

dan kebanyakan hawa, kadang-kadang terlepas dengan meninggikan suara mereka.. adakah itu boleh dikatakan salah??

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

hamba Allah:

Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, "apabila wanita itu keluar saja rumah, syaitan akan menghiaskannya"

dan rasanya tentang keluar rumah itu sudahpun anda fhm dgn artikel copy paste yg ada di blog anda. heh..

Jadi, cukup bagi wanita itu untuk menjaga sekadar yg boleh.

TERlepas suara itu, kan sudah jelas.(lihat huruf yg telah saya besarkan).

Kesimpulannya: Jagalah diri itu sebaik2nya. Seperti yg telah ramai cakap, bukan senang nak cari yg benar2 soleh/ah zaman sekarang. Jadi, nak menjaga juga adalah susah bukan? Jelas sudah yg jika kita sudah berusaha sebaik2nya, maka itu sudah menjadi kelepasan buat kita.