Sunday, May 25, 2008

Tokoh2 Tauladan...

bismillahhirrahmanirahim..

assalamualaikum kpd semua pembaca blog i
ni..semoga allah memberkati kita semua..
insya allah, kali ini ana akan mengongsikan beberapa cerita yg dipetik dr sirah islam yg mane org ramai skang dh x mengkajinya..mungkin menganggap bende nih tidak pntg...yg dh berlaku biarkan berlaku...tp kite ptt tahu yg bende nih amat lah perlu untuk kita ambil tahu...sbb aper yek...??

Seperti yg dikatakan oleh Panglima Perang Yahudi, Moche Dayan :

3 kelemahan ummat islam yg meyebabkan kejatuhannya ialah:

1.Malas
2.Perancangan tidak teliti
3.Tidak mengkaji sejarah


Cuba bayangkan..sehingga panglima perang yahudi bagitau pon ummat islam boleh lg buat bodo jer...sungguh memalukan...Mengapa beliau berani sangat memberitahu bende itu kpd kita..?? Jwapannya ada di dalam 3 kelemahan yg dinyatakan...mereka begitu yakin walaupon mereka membritahu bende itu ummat islam tetap akan ada 3 kelemahan tersebut...

Dan apa yang nk disentuh di sini ialah yg ketiga...iaitu tidak mengkaji sejarah...
jd, kita lihat tokoh2 yg pernah menjadi kebanggan ummat islam dahulu..mereka inilah yg menyebabkan ummat islam pernah mengusai 2/3 dunia suatu ketika dahulu...untuk mencontohio mereka perlula
h melihat kpd peribadi mereka ....

insyaallah,tokoh yg akan ana kongsikan ialah tokoh2 yg telah mengalami proses perubahan dalam diri setelah MENGIKUT ISLAM
SECARA SEPENUHNYA dan seterusnya telah menggegarkan dunia ini..


TOKOH PERTAMA:UMAR AL-KHATTAB

Nama sebenarnya ialah Umar bin Al-Khattab bin Naufal yg berasal dr suku quraisy bani adi... lahir pd tahu 583 masihi.....
sblm beliau memeluk islam beliau telah menanam anak perempuannya hidup2 walaupun ketika hendak menanam, anaknya menunjukkan yg dia sngt mencintai ayahnya tp dia tetap memasukkan anaknya ke dalam lubang yg telah digalinya hidup2(kiter x pernah melakukan dosa sebesar ini).....
tetapi, apabila diberi hidayah oleh allah beliau terus membuang segala jahilliyah yg ade pd dirinya itu.beliau terus mengikuti segaa kehendak islam seperti tidak meminum arak,berzina(maupun zina mata)dan lain2 sehinggalah beliau berjaya membuka kota al qu
ds (palestin) dr raja rom yg mana ketika itu merupakan kuasa besar dunia..

kata2nya yg mahsyur:
"نحن قوم أعزن الله بالأءسلأم"

"nahnuqaumun a'azzaallahubilislam!!
(kami kaum ygdimuliakan allah dengan islam!!)"



TOKOH KEDUA:KHALID AL-WALID
perang uhud dan perang muktah adalah satu keadaan yg amat berbeza sebagaimana bezanya peribadi khalid..
dialah yg berjaya mengalahkan org islam di dlm perang uhud TETAPI dialah hero penyelamat di saat ambang kekalahan umat islam membuktikan dia memang layak menerima anugerah panglima tertinggi iaituٍ'SAIFULLAH' ...
khalid tidak pernah ditewaskan(klu tak silap) apabila dia memimpin tentera islam kerana pegangannya kpd aqidah itu sendiri sehingga tidak berkesempatan bertemu syahid(kerana terlalu hebat bertempur)..

cukuplah 2 tokoh utk kita hayati dan renungi seteruk mana amalan mereka semasa jahiliyyah dan bagaimana blh taghyir(berubahnya) mereka ketika memeluk islam..

mereka mempunyai keazaman/keinginan yg cukup tinggi dan semangat yg meluap2 utk berubah dan mengikuti islam secara keseluruhannya dan mengembangkan ajaran aqidah/pegangan yg mulia ini..

semga kita sama2 dpt mengamil iktibar dr tokoh2 silam seperti Sa'ad bin Muadhz yg mana 'arasy allah pernah bergegar dua kali iaitu ketika turun ayat kursi dan ketika kematian Sa'ad bin Muadhz(klu x silap ana)..ramai lg tokoh2 yg blh kita ambil pengajaran utk mentaghyirkan diri kita kearah lebik baik sepertimana generasi awal yg digelar 'jiilulfarid' tlh mentaghyirkan diri mereka..

"NAHNU QAUMUN A'AZANALLAHU BIL ISLAM...!!!!!!"

6 comments:

fisabilillah said...

salam alaik shbt2 fillahku.. ooh.. blog Goku ini ada beberapa Goku.. :-) bagus2.. berjemaah dalam blog.. nak syer sikitlah ttg nasihat tokoh ni.. Umar Abdul Aziz..

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;

"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"

tu jer.. mcm panjang la plak.. tak kisahlah, moga kita smua dpt manfaat dari pesanan ni..

Anonymous said...

asiff,soalan ni tak berkaitan dengan tajuk yang ditulis..tapi, mohon dijawab untuk mengusir kekeliruan yang bersarang...ym,fb,msg..dgn lawan jenis tanpa nafsu(kwn)..tanpa urusan penting...kira zina jugak ke???macam mana hukum dier ea??asiff..tapi mohon dijawab...

Muhd Al-fateh said...

Takdelah samapi kepada hukum zina, kerana perkara seperti itu masih tak dilakukan semata kehendak nafsu. TETAPI masih tetap perlu dijauhkan sejauh yg mungkin.

Kerana kita tak tahu apakah tipu daya syaitan yg dirancang. Berapa banyak org bercouple yg berkata, "mula2 aku xde niat pun sebenarnye nk coupleke ape. kawan biase je. skang dah cmni susah nak stop"

Jadi, jika laki dan perempuan berdua2an, ketahuilah org yg ketiga ialah syaitan. Untuk itu, sama2 kita menjaga kerana perbualan2 itu mungkin secara tak sedar dimasuki oleh tipu daya syaitan. Moga sama2 dijauhkan.

Anonymous said...

hurm,,,sebenarnya ana bukanlah yg t'masuk dalam golongan ini...cuma untuk memberhentikan sohabat ana yg ramai dalam golongan ini...tp,mereka tak bercouple,cuma keinginan yg kuat untuk b'cakap dgn lwn jenis sbb sekolah ana tak leh cakap bnn dan bnt(tanpa urusan penting).diorang dah tahu p'kara tu boleh menyebabkan syaitan memasukkn jarumnya,tp,alsn byk sgt...nk hujjah yg pasti juga..mohon kalau anta ader hadith atau dalil/ijma' ulama' pasal perkara ni...mohon dibalas...untuk sohabat ana...al-fakir...koment nie tak yah publish pon tak pe..cuma nkkn hujjah yg pasti..

Geekspro said...

Berhati-hati membawa cerita Saidina Umar pernah membunuh anak perempuannya kerana kisah ini tidak ada sumber yang sahih..

Anonymous said...

@Geekspro
ustaz quran&sunnah ana kata..ada dua perkara yang dilakukan oleh umar ketike jahiliyyah yang dikesali sangat..pertama..buat berhala dari pohon tamar lalu memakannya..pabila teringatkan peristiwa tersebut..umar ketawa..dan kedua..menanam anak perempuanya hidup2..pabila teringatkn peristiwa tersebut,umar memasukkan kepalanya ke dalam lubang tanah dan menangis/meraung menyesal akan tindakannya itu...
sumbernya tidak pula diberitahu oleh ustaz..