Thursday, May 1, 2008

Zikrulmaut...Mati,Mati,Mati...





Kumerintih.. aku menangis.. ku meratap.. aku mengharap... ku meminta dihidupkan semula agar dapat kembali ke dunia nyata namun segalanya sudah terlambat..
kini hidup ku di dunia sudah berakhir..
segala penyesalan sudah tidak berguna..yang kini yang akan menemani aku adalah segala amalan yang telah aku aku lakukan didunia..
adakah cukup segala amalan yang aku bawa??
adakah cukup untuk memberi keselesaan aku di alam ini...
itulah keluhan yang datang dari seorang insan yang lemah dan lalai tika hidupnya didunia..
kematian adalah suatu perkara yang akan berlaku..
setiap detik yang berlalu adalah mendekatkan kita kepada kematian....
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)
Manusia zaman sekarang semakin lalai dan leka..
mereka tidak ingin bahkan ingin menghidari dari memikirkan hal kematian..
mereka sering memikirkan perkara duniawi..
Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap.
Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang kita dapat lakukan saat ini:
kita dapat mengedipkan mata kita, menggerakkan badan kita, berbicara, tertawa;
semua ini merupakan fungsi tubuh kita. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh kita setelah kita mati...
segala harta benda,anak pinak,pangkat tidak dapat kita bawa sebagai bekalan di akhirat sana
yang dapat kita bawa ke sana adalah tiga perkara iaitu
1-amal ibadah kita
2-sedeqah jariyah
3-doa anak soleh/ah..
maka sedarlah wahai sahabatku
bahawa hidup kita didunia ini tidak lama bahkan tersangat sekejap jika nak dibandingkan hidup kita di akhirat
yang selama-lamnya..
jadi marilah kita kenang balik ape sebenarnya matlamat hidup kita..
adakah selama ini kita menjalankan hidup kita di atas landasan yang sepatutnya..
adakah selama ini apa yang kita kejar adalah apa yang sepatutnya...
adakah segala apa yang kita lakukan adalah semata-mata untuk mengejar redha ilahi..
setiap yang berjiwa akan menemui ajal..
tidak akan dicepat atau dilambatkan walaupun sesaat..
cuba bayangkan.
semasa saat kita sedang membuat maksiat..
anggapan kita 'insyaallah tak mati kot sekarang'..
tibe-tibe..allah hantar malaikat dia dan terus cabut nyawa...
dalam keadaan sedang membuat maksiat..
bagi mereka yang betul-betul meyakini bahawa kematian adalah pasti nescaya kemaksiatan serta kefasadan tidak akan berlaku..
bagi mereka yang sentiasa mengingati mati
sudah pasti mereka tidak akan melakukan maksiat kerana mereka adalah bijak..
mereka takutkan kerugian yang nyata atas segala yang mereka lakukan..
jadi jangalah kita menjadi orang yang kurang bijak
atas dasar kita lalai dan tidak mengingati mati lalu melakukan kemaksiatan dengan dasyat sekali..
ada banyak maknanya mengapa rasulullah mengatakan siapa yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang bijak..
maknanya kita boleh renungkan dan fikirkan sendiri.
jadi saya menyeru serta mesihati sahabat semua supaya sentiasalah mengingati mati kerana cukuplah mati sebagai peringatan....

*peringatan jugak buat pembikin blog nih...hehehe...*

3 comments:

Anonymous said...

syabas..post yang menginsafkan..teruskan usaha

Anonymous said...

Alhamdulillah, blog yg bagus. Ganbatte kudasai!!

عابدًا بنت دحالن said...

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Nabi SAW pernah ditanya: "Siapakah org yg plg bijak wahai nabi?". Nabi menjawab: "Org yg plg bijak ialah org yg plg byk mngingati mati n plg brsedia utk mghdapinya". (HR Ibnu Majah)

kematian adlh jnji Allah yg pasti brlaku...n ia blh dtg dlm 2 kdn... sama ada scr su'ul khatimah(keburukan) atau husnul khatimah(kbaikn). sama2lah kita brusaha agar mndpt husnul khatimah pd nfs yg trakhir itu...amiin