Pada post yg lepas ada disebut pasal Ghuzwatul fikr ataupon serangan pemikiran yg licik oleh Yahudi dan Nasrani serta musuh2 islam yg lain...
jd di sini mari kita kongsikan satu alat mereka yg mungkin boleh digunakan ke arah kebaikan...tetapi malangnya bg ummat islam di Malaysia ialah benda ini disalah gunakan...mari kita lihat ape kah bende tersebut....hehehe....
amacam..?? ada terasa di hati..?? ana x heran kalo ade yg ckp smpi menusuk kalbu...hehehe...
inilah yg menyerang ummat islam sekarang...kononnya hanya kawan biase...kawan sekelas...x der hati nk bercouple....tp kite sama sekali lupa pd satu hadis yg mengatakan(mafhumnya):
"Sekiranya di suatau tempat itu terdapat seorang perempuan dan lelaki,maka orang yg ketiga itu x lain x bukan adalah syaitan L.A(laknatullahi alaik)"
jd mari kita buka minda , berpikiran dgn kritis dan inovatif serta positif....adakah terdapat org lain mengetahui tentang apa yg kita bualkan ketika kita sedang berchatting dgn yg berlainan jantina...?? jd pikir2kan lah... Banyak lg agenda yg perlu kita lakukan selain drpd chatting nih...
('aduh..!! kene lagi kat aku"-kata bdk Al Amin bila baca bende nih...hehehe...jgn marah yek....ana pon Al Amin gak...muhasabah diri sambil memberi pengajaran...)
BACA SELANJUTNYA..
Thursday, May 29, 2008
Nak Berchatting...hehehe....tgk video nih dulu..
Wednesday, May 28, 2008
Media Massa vs Cara Hidup Islam
Semakin berlalu masa semakin banyak berlaku perubahan..
sama ada perubahan dari segi ekonomi,dasar kerajaan,sosial dan berbagai lagi..
semakin berlalu masa semakin banyak masalah sosial yang timbul...
berbagai ideology yang menyesatkan tumbuh bagaikan cendawan...
semakin banyak remaja yang menjadi mangsa dan menjadi sasaran untuk menjadi mangsa..
golongan kuffar tanpa henti sentiasa merancang pelbagai rancangan yang menggugat keseimbangan alam..
pelbagai trend baru di tebarkan ke setiap inci tanah di muka bumi ini...
namun segala perancangan mereka masih tidak disedari oleh kita..
meresap secara senyap ke dalam jiwa setiap manusia yang bergelar muslim(target utama)...
resapan yang menyentap roh islam dari jiwa...
mengikis segala fahaman islam yang selama ini tersemat kemas di dalam jiwa...
sudah tidak ada perasaan bertanggungjawab atas agama sendiri..
segala tanggungjawab dilepaskan begitu sahaja tanpa mengira hukum...
melayani setiap agenda-agenda yang disusun dengan penuh kerjasama....
membiarkan diri dibentuk dengan fahaman yang terpesong jauh sekali dari yang sepatutnya..
dari kecil sampai dewasa dibesarkan dalam suasana yang menyesatkan...
Maka..kesan dari itu terlahirlah insan-insan yang kini di anggap sebagai ’sampah masyarakat’..berbagai masalah sosial
timbul...lepak,couple,zina,rogol,buang anak,minum arak,kurang ajar dengan mak bapak,dan berbagai lagi masalah sosial yang timbul..jika nak disebutkan di sini...
terlalu banyak..
semua itu adalah hasil didikan dari golongan kuffar yang sentiasa berusaha menghapuskan islam sehingga ke akar umbi...
namun masih ada lagi golongan yang sedar akan keadaan ini..
dan berusaha untuk mengejut semua ummat islam dari tidur mereka yang dibuai dengan keindahan duniawi yang memukau..mengajak ke arah jalan yang lurus..dan apa yang kita harapkan semoga saya dan para pembaca semua tergolong dalam kalangan ini..
para pendokong dakwah islam..
yang mengajak kepada allah dan semoga apa yang kita lakukan ini hanyalah semata-mata demi mengejar keredhaan allah..
kita memohon kepada allah supaya kita semua diberi hidayah dan juga taufiq supaya kita dapat menempuh segala dugaan dan cubaan dengan kesabaran dan kebergantungan hanya kepada allah semata-mata...
Seperti yang telah sedia maklum..
negara kita sendiri tidak terlepas dari perancangan golongan kuffar..
mereka menyeludup masuk ke dalam sistem pemerintahan negara kita tanpa disedari ....
berbagai wasilah/cara yang mereka gunakan untuk menyesatkan golongan kanak-kanak,remaja,bahkan golongan tua sendiri tidak terlepas dari pandangan mereka..
mereka meletakkan FUN,FOOD dan FASHION sebagai dasar perancangan..
mereka sekarang sudah menguasai media massa jadi semakin mudah untuk mereka mengadakan hiburan yang keterlaluan sehinggakan boleh membentuk cara pemikiran yang negatif,sempit dan terhad...
apabila dari kecil sudah dibentuk cara pemikiran dengan silibus yang dirancang maka otak ma’nusia itu sendiri akan terbentuk seperti yang dirancang...
dan bagi golongan kuffar..
mereka ingin membentuk pemikiran serta jiwa yang sayangkan dunia dan takutkan mati dengan itu otak manusia akan terbantut dan tidak mampu untuk berpemikiran yang luas ...
sebagai contoh Ali bin Abi Talib,Usamah bin Zaid,Muhammad al Fateh..dan ramai lagi tokoh yang boleh kita ambil sebagai contoh..kita boleh lihat bagaiman cara mereka berfikir..
pada usia 20-an sudah memikirkan bagaimana untuk menakluk dunia..
tetapi pada zaman ini setelah mendapat didikan media massa..
golongan remaja lansung tidak memikirkan agenda-agenda besar tetapi hanya memikirka perkara yang remeh temeh seperti ‘awek aku sakit,apa aku nak buat’ ....
sebaliknya mereka tidak pernah langsung untuk terfikir..
’ummat islam sekarang semakin teruk,apa yang perlu aku lakukan’...
di negara kita...terdapat macam-macam siaran untuk kanak-kanak...contohnya..Tom Tom Bak..Anak-Anakku,
Macam-Macam Aznil....bagi saya semua program tersebut tidak patut sama sekali diadakan kerana bagi saya patutkah budak sekecil itu didedahkan dengan unsur-unsur negatif???selepas mereka melihat siaran yang tidak sepatutnya..sudah semestinya mereka ingin menirunya...sebagai kesannya...tempoh pembesaran si kecil dipengaruhi oleh media massa....pemikiran negatif..akhlak negatif..maka timbullah berbagai masalah sosial..kesan media massa ke atas pembentukan masyarakat sudah terbukti jelas dan banyak bukti yang boleh kita lihat...
Yang sepatutnya..bagi kaum muslimin..
mereka tidak cukup hanya mengikuti islam secara keseluruhan,berakhlak mulia,menjaga adab..
mereka masih mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu menyebarkan rahmat islam ke sekalian alam...
kerana itu yang sangat dituntut pada masa kini..
kita sebagai ummat islam akan terus berdosa selagi islam tidak tertegak dimuka bumi ini...
dakwah ini bukan hanya terhad pada sesetengah golongan sahaja tetapi kepada setiap individu yang bergelar muslim...
jadi target kita adalah untuk menguasai bumi ini demi menyebarkan ajaran islam dan supaya manusia membebaskan diri dari menyembah sesama sendiri kepada penyembahan kepada tuhan yang satu iaitu allah s.w.t..bagi individu yang bercita-cita besar sudah pasti dia mempunyai pemikiran yang matang,besar dan mempunyai jiwa yang besar dengan berbekalkan ilmu yang banyak...
para penakluk dunia ini sudah semestinya perlu dididik dan dibentuk dengan latihan yang ekstrem supaya terbentuk peribadi yang ekstrem yang mampu mengharungi segala ujian dalam proses penaklukan dunia...
Dan itulah pendidikan yang sepatutnya diterima oleh kaum muslim..pendidikan islam yang menyeluruh yang dapat membentuk diri dan jiwa seorang penakluk yang kental dan tabah...
namun begitu..pihak kuffar terlebih dahulu menyusun serta mengatur perancangan pendidikan yang bertentangan dengan yang dituntut bagi islam...pendidikan mereka berteraskan kelalaian,kemalasan,manja,penakut,lemah dan berbagai lagi...
semua itu terhasil dari pemikiran yang sempit,terhad dan negatif...
kini hasil dari perancangan mereka ummat islam lemah,malas,tidak bernilai bagaikan buih di lautan yang banyak tetapi tidak bekualiti..
Dalam masa yang sama mereka iaitu golongan kuffar tidak terlepas untuk menyerapkan ideology-ideology dan pengaruh-pengaruh mereka kedalam sistem pendidikan negara kita..sebagai contoh The Phantom of the Opera...disitu sudah jelas bagaimana pihak kuffar cuba untuk menerapkan nilai percintaan dalam jiwa setiap remaja di malaysia....
sistem pendidikan juga memainkan peranan yang besar dalam pembentukan sahsiah setiap individu...
pengasingan agama dari segala aspek kehidupan sangat memberi kesan kepada pemikiran...
sistem pendidikan sekular yang terdapat di negara kita hanya mengundang pembangunan yang tidak seimbang dan membuahkan hasil yang tidak seimbang antara dunia dan akhirat yang mengakibatkan berlakunya penindasan,kezaliman,salah guna kuasa,masalah sosial,..
semua ini berpunca dari kerapuhan asas agama yang hanya sangat sedikit yang diterapkan sejak kecil kerana tiada penekanan agama dalam sistem pendidikan...
apabila dari kecil si kecil tidak dididik dengan asas agama yang mantap maka apabila usianya meningkat...
dia melakukan kerosakan dan maksiat secara terang-terang kerana dia tidak mengetahui bahawa apa yang dia lakukan adalah salah kerana dia tidak pernah didedahkan dengan islam..
maka disini kita dapat lihat bahawa sistem pendidikan sangat memainkan peranan yang besar..
namun sayang sekali ia sekarang berada di bawah kuasa golongan kuffar...
Walaupun begitu..masih banyak lagi faktor-faktor yang boleh kita bincangkan..tapi pada kali ini saya hanya ingin kemukakan faktor ini..jadi saya harap pada semua para pembaca supaya dapat prihatin dan ambil pengajaran..di sini saya ingin mengemukakan soalan supaya sama-sama kita dapat bincangkan dan bertukar pendapat sambil mengembangkan fikiran masing-masing..adakah media massa lebih mempengaruhi pembentukan sahsiah individu atau sistem pendidikan sendiri yang lebih mempengaruhi???
maklum balas para pembaca sangatlah diharapkan........
(nampaknya ghuzwatul fikr (serangan pemikiran) di Malyasia nih masih boleh bertahan dlm masa 50 tahun lg....isy,isy,isy....x kan nk tgk jer...di manakah peranan kita...???!! Ayanqusuddinu wa ana hayy...???!!!)
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, May 25, 2008
Tokoh2 Tauladan...
bismillahhirrahmanirahim..
assalamualaikum kpd semua pembaca blog ini..semoga allah memberkati kita semua..
insya allah, kali ini ana akan mengongsikan beberapa cerita yg dipetik dr sirah islam yg mane org
ramai skang dh x mengkajinya..mungkin menganggap bende nih tidak pntg...yg dh berlaku biarkan berlaku...tp kite ptt tahu yg bende nih amat lah perlu untuk kita ambil tahu...sbb aper yek...??
Seperti yg dikatakan oleh Panglima Perang Yahudi, Moche Dayan :
3 kelemahan ummat islam yg meyebabkan kejatuhannya ialah:
1.Malas
2.Perancangan tidak teliti
3.Tidak mengkaji sejarah
Cuba bayangkan..sehingga panglima perang yahudi bagitau pon ummat islam boleh lg buat bodo jer...sungguh memalukan...Mengapa beliau berani sangat memberitahu bende itu kpd kita..?? Jwapannya ada di dalam 3 kelemahan yg dinyatakan...mereka begitu yakin walaupon mereka membritahu bende itu ummat islam tetap akan ada 3 kelemahan tersebut...
Dan apa yang nk disentuh di sini ialah yg ketiga...iaitu tidak mengkaji sejarah...
jd, kita lihat tokoh2 yg pernah menjadi kebanggan ummat islam dahulu..mereka inilah yg menyebabkan ummat islam pernah mengusai 2/3 dunia suatu ketika dahulu...untuk mencontohio mereka perlulah melihat kpd peribadi mereka ....
insyaallah,tokoh yg akan ana kongsikan ialah tokoh2 yg telah mengalami proses perubahan dalam diri setelah MENGIKUT ISLAM SECARA SEPENUHNYA dan seterusnya telah menggegarkan dunia ini..
TOKOH PERTAMA:UMAR AL-KHATTAB
Nama sebenarnya ialah Umar bin Al-Khattab bin Naufal yg berasal dr suku quraisy bani adi... lahir pd tahu 583 masihi.....
sblm beliau memeluk islam beliau telah menanam anak perempuannya hidup2 walaupun ketika hendak menanam, anaknya menunjukkan yg dia sngt mencintai ayahnya tp dia tetap memasukkan anaknya ke dalam lubang yg telah digalinya hidup2(kiter x pernah melakukan dosa sebesar ini).....
tetapi, apabila diberi hidayah oleh allah beliau terus membuang segala jahilliyah yg ade pd dirinya itu.beliau terus mengikuti segaa kehendak islam seperti tidak meminum arak,berzina(maupun zina mata)dan lain2 sehinggalah beliau berjaya membuka kota al quds (palestin) dr raja rom yg mana ketika itu merupakan kuasa besar dunia..
kata2nya yg mahsyur:
"نحن قوم أعزن الله بالأءسلأم"
"nahnuqaumun a'azzaallahubilislam!!
(kami kaum ygdimuliakan allah dengan islam!!)"
TOKOH KEDUA:KHALID AL-WALID
perang uhud dan perang muktah adalah satu keadaan yg amat berbeza sebagaimana bezanya peribadi khalid..
dialah yg berjaya mengalahkan org islam di dlm perang uhud TETAPI dialah hero penyelamat di saat ambang kekalahan umat islam membuktikan dia memang layak menerima anugerah panglima tertinggi iaituٍ'SAIFULLAH' ...
khalid tidak pernah ditewaskan(klu tak silap) apabila dia memimpin tentera islam kerana pegangannya kpd aqidah itu sendiri sehingga tidak berkesempatan bertemu syahid(kerana terlalu hebat bertempur)..
cukuplah 2 tokoh utk kita hayati dan renungi seteruk mana amalan mereka semasa jahiliyyah dan bagaimana blh taghyir(berubahnya) mereka ketika memeluk islam..
mereka mempunyai keazaman/keinginan yg cukup tinggi dan semangat yg meluap2 utk berubah dan mengikuti islam secara keseluruhannya dan mengembangkan ajaran aqidah/pegangan yg mulia ini..
semga kita sama2 dpt mengamil iktibar dr tokoh2 silam seperti Sa'ad bin Muadhz yg mana 'arasy allah pernah bergegar dua kali iaitu ketika turun ayat kursi dan ketika kematian Sa'ad bin Muadhz(klu x silap ana)..ramai lg tokoh2 yg blh kita ambil pengajaran utk mentaghyirkan diri kita kearah lebik baik sepertimana generasi awal yg digelar 'jiilulfarid' tlh mentaghyirkan diri mereka..
"NAHNU QAUMUN A'AZANALLAHU BIL ISLAM...!!!!!!"
BACA SELANJUTNYA..
Friday, May 23, 2008
Kebersamaan Allah dlm Melayari internet

Internet seperti yg kita tahu adalah satu kemudahan pd masa kini...tetapi ia juga merupakan senjata bermata dua yg mana merangkumi 2 unsur yg amatlah bertentangan..iaitu...,
peruntuh dn pembina.....mematikan hati dn menghidupkannya.......
petunjuk hidayah(seperti yg anda sedang layari..) dn godaan yg merangsang nafsu....
Oleh sebab itu,perlukah kita memboikot internet ini disebabkan senjatanya yg kedua itu...?? Jgn terlalu terburu2...seperti yg disbutkan di atas...ia merupakan senjata yg merangkumi 2 UNSUR yg bertentangan...jd wajarkah seorang itu membunuh org lain mnggunakan sebilah pisau,kemudian yg disalahkan ialah pisau tersebut...?? sudah tentu tidak...
Walaupon dilihat internet memberi kesan negatif melebihi yg positif,kita kene igt bhw ia juga merupakan mimbar bg org islam menebarkan dakwah dn kebenaran tntg islam...Jd,dlm melayari internet ini,kita perlulah berhati2 kerana...
eh..mana lak gi gambar nih..??oh..luper lak... sensored...hehehe....Sperti yg dikatakan td, kita perlu berhati2 dlm melayari internet agar tidak terjebak secara tidak sengaja mahupun sengaja agar kekuatan iman kite sentiasa terjaga....
berkata pengkaji Inggeris,Steve Waters:"biasanya pelayaran internet bermula dgn mncuba2..kemudian ia berlarutan menjdai penagihan dn disudahi dgn sesuatau yg amat merbahaya.."
Berikut Merupakan perkara yg perlu diambil berat bg mereka yg melayari internet:
1.Perlu membersihkan niat sebelum melayari internet dn MENETAPKAN TERLEBIH DAHULU TUJUAN sebelum memasukinya....
2.Mereka yg melayari internet sbgi alat berhibur mudah lupa diri dn lupakan mati yg akan menimpanya bila-bila sahaja jika tiba masanya...
3.duduk di hadapan internet dalam tempoh masa yg lama akan mensia2kan pusingan hidup kita sehingga mengabaikan tugas dn tuntutan untuk kebahagiaan dunia dn akhirat...
jd beringatlah bg mereka yg melayari internet....
selain itu perkara yg paling pntg ialah...

Kita perlu igt kita sentiasa bersama Allah di mana sahaja berada...seperti kita sdg dlm kesusahan ataupon sesat di tgh hutan mahupon berada di dlm kapal terbang yg tidak stabil....
ketika itu ana jamin sesiapapun pasti akan igt tuhannya berada dekat dgnnya dn mngharap tuhan nya melihat apa yg berlaku latas menolong hambanya ketika itu....
tetapi bg mereka yg melayari internet amat aneh sekali apabila mereka lgsg tidak igt akan bende tersebut...masing2 hanyut dlm hayalan sndiri....
Sperti yg disabdakan oleh Rasulullah:
"Apabila dunia hampir Qiamat akan berlaku fitnah seprti potongan malam yg gelap...fitnah seperti kepulan asap..dalam situasi itu, hati manusia akan mati seperti mana tubuh badan mereka mati...dan mereka beriman pd pagi hari dn kufur pada petangnya...beriman pada waktu petang dn kufur pada waktu siang...antara mereka ada puak yg menjuak akhlaq dan agama mereka dengan habuan dunia..."
(setelah otak sesak dgn bayangan kertas perikse...akhirnye dpt jgk ana mnyiapkan post yg agak pnjg sperti mana dahulu....hehehehe......) BACA SELANJUTNYA..
Tiada Pernah Lelah Memikirkan Ummah...

Sungguh indahnya akhlaq mu begitu mempersona..
cintamu,kasihmu, untuk seluruh ummat mu...
tiada kata yg terucap..
satu dalam hatiku..
untuk selalu ikuti langkah perjuanganmu...
tiada pernah lelah memikirkan ummah....
ingkarkah atau dalam ibadah....
dapatkah ku teladani ...
luhur budi pekerti...
tegapnya hatimu mengakkan islammu....
tiada yg terucap satu dalam doaku...
dambaku..selawat, selalu atas dirimu...
tuhan ku mohon kepadamu...
curahan rahmatmu...
dalam setiap masa usia...
tuhan indahkan akhlaqku...
seperti indahnya akhlaq kekasihmu yg mulia...
tiada pernah lelah memikirkan ummah...
ingkarkah atau dlm ibadah....
(ini pulak idea yg dtg waktu ponteng skola lps pekse arituh...hehehe...)
BACA SELANJUTNYA..
Thursday, May 22, 2008
Wednesday, May 21, 2008
Rintihan Selepas imtihan....
Ku perhatikan diri ini...
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...
kusedari semuanya bukan ku miliki...
namun,hanya pinjaman dari yg abadi...
Ku renungi lg diri ini...
ternyata tidak lebih dari...
seorang hamba yg berlumuran dosa...
tiada yang istimewa...
tiada yg perlu diBANGGA...
tiada yg perlu dicerita....
oleh kerana itu wahai tuhanku...
tunjukkanlah daku jalan lurusmu...
jalan yang engkau beri ni'mat akan orang yg melaluinya...
yg terdiri dr kalangan para anbiya'...
jalan yg dilalui oleh para syuhada'...
dan juga orang soleh...
kerana aku sedar..
engkaulah tuhanku...
sedangkan aku hanya hamba yg hanya mampu melihat...
kejahatan yg berlaku di depan mataku...
yg dilakukan sendiri oleh ummatku...
apa yang ku mampu...
hanyalah berdiri kaku dan membisu...
maafkan daku....
Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
ku memujamu di Setiap waktu...
hanyalah padamu...
tempat ku bergantung...
memohon redha dn keampunan mu...
(coretan ini sekadar merilekkan minda sempena musim perikse yg agak mnyeksekan...tu yg sempoi semcam jer satu dua post sblom nih...jgn risau ,perikse dh habes dh...bersedia dgn beberape aritkel yg bakal meletup jap lg..hahaha...)
BACA SELANJUTNYA..
Saturday, May 17, 2008
Ghudul Basar...Beringatlah wahai Lelaki...Mata,Mata,Mata.....
Arghh...!!! sungguh mnyeksakan minggu nih....perikse...perikse......
nk update blog pon x sempat...bukan sbb x der mase,tp idea x leh masuk....
cmner nk msuk...dh sehari suntuk duduk mnghadap kertas perikse yg cmtuh jer...
ade yg tebal..ader yg nipis....
Meskipun begitu ana sediakan lah jgk bahan untuk mngupdate blog nih...
nnti kene tanye kt akhirat esok "kenape kamu berhentikan kerja dakwah pd minggu nih..??!!"......
x kan lah ana nk jawab sbb perikse dunia yg x penting maner tuh....
setelah menempuhi alam persekolahan BIASE selama beberapa bulan nih..,antara perkara yg mementingkan kepala ana x laen x bkn adalah....tajuk di atas....kenaper lak yer...??
ceh..sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula....
isy,isy,isy....mata..mata.......
jd untuk post kali nih ana pon tergerak untuk berkongsi satu video yg didapati dr youtube...
ambeklah sedikit sbyk yg boleh dpt dr video di ats....
semoga kite dpt mnjd seperti "hero" dlm video tersebut....hehehe.......
(ini ialah peringatan khusus buat pelajar2 Al-Amin...hehehe...jgn marah.....bukan untuk banin sje yer..bahkan untuk banat sekali...lebih tepat lg TERUTAMANYA untuk banat..hehehe........)
BACA SELANJUTNYA..
Sunday, May 11, 2008
Perikse ...oh perikse....
Memandangkan skolah2 di Malaysia akan menghadapi perikse jap lagi,ana mndpt ilham untk menulis CetuSaN MinDa tentang Perikse pulak...alahai...perikse ,perikse...
Minggu sebelum perikse berjalan dgn penuh kelainan....
kebanyakan Mllm dn mllmh memberi ruang kpd anak didik masing2 untk mngulangkaji pelajarn...tidak kurang juga yg memberikan latihan secara bertubi-tubi kpd murid masing...latih tubi lah katekan...ade jugak yg mnyifatkan latih tubi ini menyeksakan...(ana termasuk kot...hehehe)
Masa nilah kite akan melihat gelagat para pelajar yg masing2 mempunyai prinsip tersendiri dlm mnghdapi peperiksaan...
ada yang bila mllmh bg masa untuk ulangkaji jer terus menerkam ke arah buku dn membacanya dgn rakus skali...(cm anjing lah pulak..)
ada yg sebok membuat nota kecil,
mungkin untuk memudahkan mgulangkaji ataupon untk tidak terkantoi waktu perikse..hehehe...
tidak kurang jugak waktu nilah digunakan sebaik2nyer untuk menghias kelas...(jgn terase yer...)
tp yg plg membengangkan kebykan mllmh ana rase adalah yg menghabiskan masa yg diberi sepenuhnye untuk bincang psl bola....
ade yg skong Setan Merah..
Ade pulak sokong Arsengal...
x kurang jugak yg sokong Chelsial dn Liverfool...namun begitu Tottenham tetap yg utama..hehehe....
Selain gelagat yg tidak kurang juga melucukan itu, kiter jugak pasti dpt melihat dn memrhatikan beberapa matlamat serta target yg ditetapkan oleh sume org...
ade yg mahu top ten...
ade juga yg mempunyai tujuan untuk memperbaiki prestasi yg lepas...
ade yg berlawan markah sesama member...
tidak kurang juga yg mahu mempertahankan tmpt pertama yg diperolehinye hampir setiap tahun dn ade juga yg mahu menunjukkan kehebatan di skolah baru....hehehe...mcm2 ada..
tp ade sau bende yg plg pelik...iaitu tidak mahu membaca buku dgn alsan mahu menguji kehebtan otak yg dikurniakan Allah kpdnye dn mahu melihat samada die mampu mnjwb soalan yg diajukan dgn mngejut...
Stelah melihat segala bende yg berkaitan dgn perikse nih...tercetuslah satu yg boleh dianggap sbgi satu CetuSaN MinDa yg harap dpt memberikan pngajaran buat sume org...
Apa itu perikse..?? perlukah perikse..?? sejauh mana pentingnye perikse...?? adakah perikse berkesan untuk mnguji segala ape yg telah diajarkan...?? Adakah kiter terlalu mementingkan perikse sehingga melewatkan solat..?? adakah sehingga x larat nk bngun tahajjud...?? bg mereka yg berdoa pd tuhan pd waktu malam agar dpt keputusan yg cemerlang dlm perikse,adakah kiter buat itu kerana allah ataupon kite mnjd hamba kpd peperiksaan...?? adakah perlu study smpi stress...??tension..??
Arghhh..!!!terlalu byk yg perlu disoalkan....
Tp yg ana nk tekankan di sini adalah.... Tidak sedarkah kita dlm mnghadapi peperiksaan yg sungguh meyeksakan ini,sebnarnya ada PEPERIKSAAN YG LEBIH PNTG yg kite sumer akan hadapi...?? .....
كل نفس ذاءقة الموت
*setiap yg bernyawa psti akan mati....
ما يلفظ من قول الأ لديه رقيب عتيد
*tiada yg dilfazkan drpd perkataan kecuali ada disisinya raqib dn 'atid...
dgn dua ayat al quran di atas dptlah dilihat bhw ada bebrapa peperiksaan yg jauh lebih besar drpd perikse dunia ini... perikse di dunia ini tidaklah penting mana...ada satu perikse yg sdg kita lalui skrang yg tidak ramai antara kite yg mnyedarinya ....
iaitu..
kehidupan kite di dunia ini....
peperiksaan yg hanya kite dpt mengetahui keputusan nya di akhirat kelak...
andai kite lulus dalam ujian di dunia ini...
ganjaran yg x dpt digambarkan mngunggu di akhirat....
gagal kita bermaksud....
kecelakaan yg amatlah besar menunggu kite di sana.....
ujian bknnye calng2 ujian...
drpd harta... pompuan... pangkat... populariti... isy,isy,isy.....
semoga kite lulus dgn cemerlang dlm peperiksaan yg sdg kite lalui skarang,....
(jenis apekah diriku ini...???org tgh bace buku dh nk perikse nih...sebok tulis blog lak...poda...mcmner lah perikse nnti...)
BACA SELANJUTNYA..
Thursday, May 8, 2008
Kemanisan iman...Bgaimana Mahu Mengecapinya...??
lebih baik membace nye terlebih dahulu untuk mngelakkan kekeliruan..)...akhirnya ana ketemukan dgn satu hadis peninggalan nabi tercinta...ana rasakan inilah penyelesaian bg org yg iman nya sentiasa berjauhan drpd dirinye...
قَوْله صَلَّى القال رسول اللة صلي اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( ثَلَاث مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلَاوَةَ الْإِيمَان مَنْ كَانَ اللَّهَ وَرَسُوله أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا , وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْء لا يُحِبّهُ إِلا لِلَّهِ , وَأَنْ يَكْرَه أَنْ يَعُود فِي الْكُفْر بَعْد أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّه مِنْهُ كَمَا يَكْرَه أَنْ يُقْذَف فِي النَّار )
Drpd Anas r.a meriwayatkan bhw rasulullah bersabda:
3 perkara jika terdapat dlm diri seseorang,maka dgn perkara itulah die akan memperolehi kemanisan iman.Seseorang yg menyintai Allah dn Rasul lebih drpd selain nye.menyintai seseorang hanya kerana Allah,tidak suke kembali ke arah kekafiran(perangai jahiliyyah) setelah Allah menyelamatkan dr kekafiran itu.Sebagaimana die juge x suker dicampakkan ke dlm neraka...
rujukan hadis di sini..
berdasarkan hadis ini,dapatlah disimpulkan bhw......
dlm mndptkan kemanisan iman perlulah :
1)Mencintai Allah dn Rasulnya lebih dr yg lain.... -sperti yg diketahui skarang begitu ramai anak muda yg masing2 mempunyai pasangan untk mndamba kaseh..couple lah sng citer... ade sorg kwn ana pernah berbicara dgn ana.dia mngatakan:"hati ana terbahagi kpd dua jer..satu awek,lg satu bola.." jd hati ana mempersoalkan ke manakah pergi nye cinta kpd Allah..??.. ana begitu percaya yg syarat pertama dlm mndptkan kemanisan iman nih ramai giler yg failed... 
2)Mencintai seseorang hanya kerana Allah... -telah disebut di atas tntg remaja yg bgitu suke bercouple nih... ape yg dimaksudkan dlm hadis nabi nih merujuk kpd ukhwah fillah yg dijlnkn sesama jantina...ape yer ukwah fillah ni..?? seperti yg ana pernah pelajari ia merujuk kpd seseorg yg bertemu sesama sndiri akan berbincang psl roh...mcmner tuh yek..?? cm tu lah...hehehehe.... ataupon yg dibincangkan adalah hubungan suami isateri yg dijlnkn atas dasar melengkapkan agama...seperti mana kata2 imam Nawawi kpd isterinye..:"aku menyintai mu kerana agamamu,maka jika hilang agamamu maka hilanglah cinta ku kpd mu"
3)Meninggalkan jahiliyyah secara total... -x perlulah diterangkan lg tntg jahiliyyah yg sudah mmg merebak di klngn remaja skarang...dgn hiburan yg mmg x taulah nk ckp aper...isy,isy,isy.......sungguh malu dn sedih bercampur marah apbila melihat remaja2 skang yg smakin hanyut...smoga mereka dicampakkan roh hidayah kpd hati mereka...
semoga kita sama2 dpt mengecapi nikmat keimanan yg sebenar2 nye....bkn hanya keimanan yg pura2 ataupon yg maen2...tp keimanan yg mmg btol2 x dpt dinafikan lg....Bg yg maseh belom pernah merasainye,boleh lah try....hahahaha....
(p/s:tp ana yakin ade 2 org kwn ana sentiasa merasai kemanisan iman...hehehe....)
BACA SELANJUTNYA..
Wednesday, May 7, 2008
Siti yg Menjadi Impianku

Sebagai mana yg diketahui,bukanlah hanya seorang dua pompuan yg bernama siti kt dunia nih...berlambak giler...persoalannyer siti yg mana satukah yg dimaksudkan dgn tajuk di atas..??
Siti Nurhaliza..?? semestinyer bukan...
Siti Amaleena ..??OOOoo,tidak2....jauh sama sekali...
Cik Siti Wan Kembang...?? mungkin kot...hahaha...
abehtu..??siti maner yer..??nk tahu..?? lihat ape yg tertera di bawah ini...hehehe.....
1)Siti Khadijah
-merupakan isteri rasulullah yg pertama..isteri plg setia...x pernah jemu memberikan sokongan..di kala suami tersayang memerlukan seorang teman..rela mengorabankan segala kemewahan..
2)Siti Fatimah
-anak rasul yg tinggi pekertinya..sangat kasih dn syg serta setia kpd suaminya Ali walaupon miskin..Tidur hanya berbantalkan lengan Ali...
3)Siti Aisyah
-diakui sbgi isteri rasulullah yg plg romantik lg jiwang...sanggup berkongsi bekas minum nyer dgn rasulullah..dimana bekas nabi minum,disitulah die akan minum..dgn kedudukan yg sama..termasuk lah longitud dn latitud nyer...(penghormatan buat mllmh tercinta)
4)Siti Hajar
-Isteri nabi Ibrahim yg patuh kpd suami nyer dn suruhan Allah..Sanggup ditinggalkan oleh nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan..berjuang mencari air untuk memberi minum anaknyer Ismail...
5)Siti Maryam
-Wanita suci yg pndi menjaga kehormatan diri dn mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnyer dipilih oleh Allah untuk ditempatkan nabi Isa..
6)Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi iman nyer..(skali lg "bkn nurul iman" yer...) tidak gentar dgn ujian yg dihadapinyer..memillih syurga yg abadi drpd kemewahan firaun laknatullah yg duniawi...
7)Siti Aminah
-Wanita mulia yg rahim nyer dipilih sbgi menempatkan satu2nyer nabi yg diutus untuk seluruh ummat manusia..yg membawa rahmat ke seluruh alam...
8)Siti Muti'ah
-yg ni mungkin x berape famous mcm yg telah disebut kt atas2 tuh..tp tanpa kebykkan kiter tahu...isteri yg sanggup mnyediakan tongkat untuk suaminye memukul dirinye jika ade sebrg slah atau silap...selain itu,die juga berhias dn menunjukkan kecantikan nye hanya kpd suaminye shj....
yg nih yg last...ana dh kering otak dh memikirkan psl siti2 nih...kiter tgk yg ni pulak...
9)Siti Zubaidah
- Isteri KHalifah Harun Ar rasyid yg snggup membelanjakan seluruh harta nya utk membina terusan untk kegunaan org ramai...niat ikhlas hanya kerana allah...
Akhir sekali ....
الخبيثات للخبيثين والخبيثون للخبيثات والطييبات للطييبين والطييبون للطييبات
(النور:الأية)26
"org pompuan yg jht untk org lelaki yg jht,dn org lelaki yg jht untk org pompuan yg jht...dn org pompuan yg baik untk org lelaki yg baik dn org lelaki yg baik untk org pompuan yg baik"
(surah an nur:ayat26)
BACA SELANJUTNYA..
Monday, May 5, 2008
Gejala Sosial & 'so' sial..Siapa yg Bertnggungjwb..??
Ku buka mata ku melihat sekeliling..ku renung remaja kini yg sungguh "bertamadun" ini.ku gosok mataku mensahihkan pemandanganku..adakah betul apa yg aku lihat..?? Ku menggaru kepalaku yg tidak gatal memikirkan sesuatu...adakah 20 tahun lg Malaysia akan ditadbir oleh generasi ini..??
Apakah yg akan berlaku pd Malysia jika ditadbir oleh org semcm nih..makin lama dipikirkan,makin berserabut otak...bila berlaku gejala yg 'so sial',mulalah ramai2 menunding jari kpd berbagai pihak...saling salah menyalahkan...adakah ini sebnarnya yg patut kita lakukan..??
Mari kita sama-sama melihat,siapakah yg sepatutnya memainkan pernanan dlm membentuk peribadi bebdk zmn skang nih...mari kita lihat satu persatu....
1.Individu itu sndiri...
-sebagai seorng yg semestinye sudah matang(mampu berfikir)..yer ah,kebykan org yg 'so sial' nih maner ade yg blom baligh ataupon yg terencat akal...lainlah kalo perangai dier mmg mcm org terencat akal...jd kalo dh boleh berfikir memandai lah fikir mane baik mane buruk...lumrah manusia sukakan kebaikan(kalo yg suke kejhtn tuh bkn manusia lah tu name nyer)..hatta kalo org yg x kuat agama pon msti taunyer bende nih buruk ,bende nih jahat...jd kalo ape2 terjadi mmg patut lah individu yg berkaitan dipersalahkan...
2.keluarga...
-memang x dpt dinafikan lg keluarga mmg memainkan peranan yg amat pntg dlm pmbentukan sesuatu individu..."setiap manusia yg dilahirkan seprti kain putih yg bersih lg suci,maka kedua org tuanya lah yg mahu mewarnakan nya dgn yahudi atau nasrani"-mafhum hadis-..
marei kita tgk punyer lah byk agama kt dunia nih yahudi dgn nasrani jgk yg rasulullah pilih..kenapa yek..??
tiu semua dh terjwb dlm quran:
"dn tidak akan redha yahudi dan nasrani sehinggalah kamu semua mngikut cara hidup mereka"-al baqarah ayat 120..dh disebut dlm Phantom of the opera..
jd bg ibu bapa yg mahukan anak nya tidak terlibat dgn gejala 'so sial' ini mstilah mngikut cara hidup islam dgn sepenuhnya...firman allah:
"wahai org2 yg beriman,masuklah ke dalam agama islam dengan sepenuhnya dan jgnlah kamu mngikut jejak langkah syaitan,sedungguhnya mereka adlah musuh yg nyata.."-albaqarah ayat 208...
jd kalo kita tgk balek ayat ini..jika kita tidak ikut agama allah kita hanya ada satu shaja lg keputusan iaitu ikut jejak langkah syaitan...jd kita patah balek kpd perkara yg kita bincang iaitu peranan ibu bapa...jd ibu bapalah yg plg betanggungjwb untuk memastikan anaknya sntiasa mngikut agam allah...
3.Dasar Kerajaan...
-ini adalah satu pihak yg mmg x dpt lg mngelak drpd punca terjadinye gejala 'so sial' ini...
kenaper lak yer..??hehehe....
sperti kita tahu negara malaysia adalah negara islam contoh(KONONYER LAH) yg terdaftar di dlm pertubuhan negara islam sedunia(OIC)....
tetapi.adakah negara yg tercinta ini melaksanakan islam dgn sepenuhnyer..??ape kater anda kalo ana ckp TIDAK...??
mahu buktinyer..??tidaka payah lah ana membuktikan satu persatu...cukup untuk ana sekali lg mngingtkan tntg Phantom of the opera..... mahu bukti lg jelas..??
baek ana sebut satu per satu takut ader org pro kerajaan kt sini(jgn mrah yek...)
BUKTINYER:
1.pusat hiburan yg terlampau byk...menggalakkan hiburan yg keterlaluan..setuju tidak kalo ana ckp hiburan yg ada kini mmg keterlaluan dn mg mnjd faktor utama pnyumbang kpd gejala'so sial' ini..??mgm btol...contohnyer ...kite tgk kpd nombor 2 yer...
2.Akademi Fantasia (AF),Mlaysian Idol,Raja Lawak dn program realiti tv yg lain..
isy..isy..isy...sungguh memalukan apabiler ramai di kalngn remaja zmn skang x kire lapisan umur...dn juga sekolah hatta sekolah agama sekalipon mnjd giler dgn AF nih..
x sedarkah kamu semua bahwa itu semua perncngn yahudi dn nasrani untuk melekakan ummat islam..sungguh memalukan dn menaikkan amarah apabila mndgr pljr2 skola agama membincangkan tntg AF lah...yg laen2 yg sewaktu dgn nyer...tidak kah merka sedar itu semua adalah senjata org2 barat untuk menerapkan pemikieran mereka kedlm otak dn cara hidup kiter...???ape nk jd dgn kerajaan skang yg semakin melampau2 dlm hiburan dn...isk..isk isk...x dpt nk teruskan...
-dgn gejala 'so sial' remaja2 skang yg ketelaluan ini, marilah ketiga2 pihak yg disebutkan di atas sedar dgn segala kesalahan yg dilakukan....
-bg individu2 yg terlibat jgn lah terus lalai dgn dunia anda...igtlah dlm keseronokan yg di lecapi skang ada saudara kita yg mnangis di sana...palestin dn sumer negara yg tertindas mnangis bkn shj kerana cuak dn takut dgn pnjajah yg kejam,tetapi melihat naseb kita yg telah dijajah lebih terul lg drpd ape yg mereka hadapi iaitu kita telah dijajah dgn pemikiran barat...
-jgnlah terus salah mnyalah kan pihak lain sedangkan diri sndiri mempunyai peranan...
bg individu jgnlah asyik mnyalahkan ibu bapa yg membelikan motor,komputer,internet,dn tv yg byk mnyumbang kpd gejala 'so sial' ini atas sbb kesalah gunaan kiter...
-bg ibu bapa pulak cuber lah muhasabah diri dgn melihat sejauh manakah pendidikan islam yg telah kita terapkan dlm diri anak2..adakah kita hanya memberika mereka tv yg oenuh dgn hiburan yg melalaikan serta komputer untuk mereka mnyalah gunkannya dn juga motor untuk mereka merempit..??? jwblah sndiri dlm hati..moga2 dpt membaiki mana yg silap...
-bg pihak kerajaan pulak...jgnlahn asyik mnyalahkan mak bpk yg dh berssh pyh mndidik anak2 mereka sedangkan kerajaan dgn sng meluluskan hiburan yg mnjadi hidangan anak2 bangsa di hdpn tv yg keterlaluan...bknnyer x boleh halang...kerajaan mstilah mnggunakan kuasa sepanuhnyer untuk membentuk anak2 bangsa yg akan memimpin negara ini suatu hari nnti...pikir2kanlah sndiri ....
Saturday, May 3, 2008
Tangisan Seorang Lelaki.....
``Hampir ku tangisinya ya Allah. Tidak! Sekali-kali tidak, aku tidak akan benarkan tangisan ini ditumpahkan lagi. Cukuplah ia pernah berderai dahulu,tidak lagi sekarang ,mata ini juga perlukan kerehatan. Benar, sukar sekali mata seorang lelaki untuk menangisi sesuatu ya Rahman. Apatah untuk meratapi sesuatu dihadapan manusia .Kerana diri ini tetap seorang lelaki ,yang punyai egonya sendiri.’’
``Namun wahai Tuhanku,aku tidak mampu mengalah dari pinta hati ini ya Allah. Hanya engkau dan aku yang mengetahui kesakitan ,jerit tawa,senyumnya,dukanya dan pilunya Ya Allah. Oleh kerana engkau sahaja yang membelai hati ini wahai Pemilik hati, izinkan aku adukan padamu kesakitan hati ini.’’
Tuhan,aku kehilangan…
Diari hambamu..--/--/---,----------
Aku merebahkan badan kepenatan..kurenung diriku yg semakin x keruan...ku mengalih pandangan ke luar tingkap...terlihat akan kucing kesayangan berbaring dgn selesanye..."wahai kucing..hepilah ko..lgsg x pernah menangis...lgsg x pernah sedih...tiada duka..tiada sengsara...pasti hidup ko gembira kan..??" Nmun begitu kucing tetap kucing,membisu tanpa sebarang perasaan...langsung x memahami diri ini yg semakin sengsara oleh diri sndiri yg keterlanjuran...
Untukmu,
Tahukah kau diri ini terpakse mnghadapi hari2 dgn hati yg pedih,,,diri ini merasakan sesuatu kekosongan yg teramat sgt..setiap langkah menuju ke sekolah sungguh longlai...renungan ku ke papan putih ketika proses pembelajaran adalah suatu yg palsu...hakikatnyer aku x dpt nk membrikan hak kpd pancainderaku untuk menerima segala pembelajaran...namun ku tidak mampu sama sekali...tangan yg diberi ku gunakan untuk menongkat kepalaku sebagai keselesaan untuk ku melayarai bahtera ....aku rindu,aku rindukanmu....
saat2 dahulu bermain2 di mindaku...
Detik2 Perkenalan
Waktu itu ku singkap tirai hidupmu...aku ingin tahu asal usul drimu semuanyer....aku bertanye kpd sahabat2 yg pernah mengenalimu...yg pernah merasai kemanisanmu...Benarlah dirimu umpama gemerlapan mutira di dasar laut.hanya yg bersungguh untuk mncari mu saja yg mampu mdptkan mu...perlu menyelam,perlu tenggelam...namun begitu aku menyimpan rasa untuk mnjadi seperti itu..
Hasrat hati
Setelah itu.aku yakin bahawa kau tercipta untuk ku...Alhamdulillah,hasrat hatiku diterima baik olehmu...aku mula merasai kemanisanmu...mmg btol segala yg dikhabarkan oleh sahabat2 ku dulu...Tidak sabar rasanya mahu mnjadikan mu teman hidup buat selame2 nyer....
itu semua dulu...
Tapi bila berlalunya waktu, dalam tidak aku sedari aku tidak lagi menyayangimu, tidak lagi membelaimu, tidak lagi bertanyakan khabarmu..Bahkan tidak lagi memberikan semangat dn kekuatan kepadamu, seperti dulu di waktu kau menerima pinanganku. Hajatku untuk menjadikan kau teman hidupku terkubur begitu sahaja. Segalanya hanya tinggal dongengan. Malah,hinanya diri ini, aku tidak mendengar setiap teguranmu, bahkan kadang2 aku memarahi dirimu yg suci itu. Sehingga aku merasakan kau tidak lagi perlu di sisiku. Kau hanyalah burung yg hinggap di kamar hatiku hanya apabila tiba musimnya. Bila tiba waktunya aku perlukanmu, aku perlukanmu,tapi bila musimnya berlalu,engkau ku halau daripada diari hidupku. Entah berapa kali agaknya jiwamu dirobek2 oleh perlakuan sang binatang sepertiku. Seringkali aku rasai yg kau mahu lagi menyentuh hati ini,ingin lagi menyintai hati ini. Tapi,seringkali juga aku menjadi api,menjauhi dn terus menjauhi....
Kini,kau pergi..
‘IMAN,berilah aku sekali lagi peluang melamarmu,
Aku perlukanmu ,aku rindukanmu.
Sudikah kau menjadi teman hidupku?
Untuk selama-lamanya?’
Berikanlah aku peluang kedua untuk mengecapi kemanisanmu....
قال رسول اللة صلي اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( ثَلَاث مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلَاوَةَ الْإِيمَان مَنْ كَانَ اللَّهَ وَرَسُوله أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا , وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْء لا يُحِبّهُ إِلا لِلَّهِ , وَأَنْ يَكْرَه أَنْ يَعُود فِي الْكُفْر بَعْد أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّه مِنْهُ كَمَا يَكْرَه أَنْ يُقْذَف فِي النَّار )
BACA SELANJUTNYA..
Thursday, May 1, 2008
Zikrulmaut...Mati,Mati,Mati...

Kumerintih.. aku menangis.. ku meratap.. aku mengharap... ku meminta dihidupkan semula agar dapat kembali ke dunia nyata namun segalanya sudah terlambat..
kini hidup ku di dunia sudah berakhir..
segala penyesalan sudah tidak berguna..yang kini yang akan menemani aku adalah segala amalan yang telah aku aku lakukan didunia..
adakah cukup segala amalan yang aku bawa??
adakah cukup untuk memberi keselesaan aku di alam ini...
itulah keluhan yang datang dari seorang insan yang lemah dan lalai tika hidupnya didunia..
kematian adalah suatu perkara yang akan berlaku..
setiap detik yang berlalu adalah mendekatkan kita kepada kematian....
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)
Manusia zaman sekarang semakin lalai dan leka..
mereka tidak ingin bahkan ingin menghidari dari memikirkan hal kematian..
mereka sering memikirkan perkara duniawi..
Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap.
Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang kita dapat lakukan saat ini:
kita dapat mengedipkan mata kita, menggerakkan badan kita, berbicara, tertawa;
semua ini merupakan fungsi tubuh kita. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh kita setelah kita mati...
segala harta benda,anak pinak,pangkat tidak dapat kita bawa sebagai bekalan di akhirat sana
yang dapat kita bawa ke sana adalah tiga perkara iaitu
1-amal ibadah kita
2-sedeqah jariyah
3-doa anak soleh/ah..
maka sedarlah wahai sahabatku
bahawa hidup kita didunia ini tidak lama bahkan tersangat sekejap jika nak dibandingkan hidup kita di akhirat
yang selama-lamnya..
jadi marilah kita kenang balik ape sebenarnya matlamat hidup kita..
adakah selama ini kita menjalankan hidup kita di atas landasan yang sepatutnya..
adakah selama ini apa yang kita kejar adalah apa yang sepatutnya...
adakah segala apa yang kita lakukan adalah semata-mata untuk mengejar redha ilahi..
setiap yang berjiwa akan menemui ajal..
tidak akan dicepat atau dilambatkan walaupun sesaat..
cuba bayangkan.
semasa saat kita sedang membuat maksiat..
anggapan kita 'insyaallah tak mati kot sekarang'..
tibe-tibe..allah hantar malaikat dia dan terus cabut nyawa...
dalam keadaan sedang membuat maksiat..
bagi mereka yang betul-betul meyakini bahawa kematian adalah pasti nescaya kemaksiatan serta kefasadan tidak akan berlaku..
bagi mereka yang sentiasa mengingati mati
sudah pasti mereka tidak akan melakukan maksiat kerana mereka adalah bijak..
mereka takutkan kerugian yang nyata atas segala yang mereka lakukan..
jadi jangalah kita menjadi orang yang kurang bijak
atas dasar kita lalai dan tidak mengingati mati lalu melakukan kemaksiatan dengan dasyat sekali..
ada banyak maknanya mengapa rasulullah mengatakan siapa yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang bijak..
maknanya kita boleh renungkan dan fikirkan sendiri.
jadi saya menyeru serta mesihati sahabat semua supaya sentiasalah mengingati mati kerana cukuplah mati sebagai peringatan....
*peringatan jugak buat pembikin blog nih...hehehe...*
Saturday, April 26, 2008
Menginstall Anti Virus Merah Jambu
Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.
Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.
Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?
Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.
Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..
Monday, April 14, 2008
Hakikat Couple Ciptaan Remaja
mesti cari yg baik2…syaitan kata lagi…
bila dah couple ni mesti ada rasa cemburu…
kononnya cemburu tu tanda sayang…
tapi hakikatnya cemburu itu buatkan hati yang pernah berseri kerana iman makin melayang jauh dari cintakan tuhan..
hebat sungguh si syaitan laknatullah...
tipulah kalau ada kata couple ni banyak kebaikan dari keburukan…aku tahulah..aku dah lalui semua ini..
kebaikan mmg ada tapi ibarat sebiji gula dalam seguni tahi…
sedarlah kawan2…
perancangan syaitan hebat..kerana itulah kita kena sentiasa berwaspada..
TAPI NAK BERWASPADA MACAM MANA????
solat pun tunggang langgang, sebut nama tuhan pun jarang,
hubungan dgn Tuhan pun renggang.. wahai sahabat..titislah air matamu hanya untuk untukNYA..
DIA sgt merindui tangisanmu..
marilah kita tarbiah kembali diri kita….
kalau tidak kerana limpahan kasih sygNYA tidak mungkin kita di sini, bernafas dalam kesegaran nikmat TUHAN,
berjalan di atas bumi Tuhan, wahai sahabat…
sayangnya Tuhan pada kita…
walau banyak mana sekalipun kita melakukan dosa, samada secara sedar atau tidak tuhan tetap memberi ruang pada kita untuk kembali pdNYA…buatlah perkiraanmu..
adakah kita benar-benar cintakan tuhan???apa buktinya cinta kita hanya pada Tuhan....???
Sunday, April 13, 2008
Amaran buat Nisa'
AMARAN BUATMU NISSA',
Tidakkah kamu takut ancaman insan mulia,
Bahawa golongan kamu banyak adalah penghuni neraka,
sembilan nafsumu sentiasa bersama,
dan satu akalmu yang menyelamatkan jiwa..
NISSA,
Tutuplah auratmu sepanjang masa,
Tiada indahnya pandangan di mata,
Kecuali pada nafsu yang membara,
Pakaian mu hendaklah sempurna,
Tidak nipis dan mencolok mata,
Bebas najis suci sentiasa,
Azab kubur neraka selamat selamanya,
Hasanah akhirnya kau kecapi jua,
NISSA,
Jagalah tuturmu kepada ibu dan bapa,
Dirimu ditatang dan dimanja,
Fikirkan berapa nilai kasih dan harta mereka,
Yang diberikan kepadamu tanpa mengharapkan balasan jasa,
Hanya mereka inginkan kamu Menjadi insan solehah berjaya,
Taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya,
Mengharapkan doamu di kala mereka tiada didunia,
Mengharapkan belasmu didunia,
agar mereka terlepas azab yang menyeksa
*hmm..aritu keluhan, sekarang amaran plak..isy..isy..isy..biler lah kaum adam nk masuk plak ni..*
BACA SELANJUTNYA..
Friday, April 4, 2008
MAHA SUCI ALLAH..
Sebenarnya itulah maksud muraqabah sebenarnya. Muraqabah sebagaimana diisyaratkan di dalam al-Quran dan hadis ialah, merasakan keagungan Allah swt di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiran-Nya (walaupun di saat kita bersendirian ataupun berada di khalayak ramai).
Sebelum kita start sesuatu pekerjaan dan di saat mengerjakannya, cubalah kita bertanyakan dalam diri masing-masing.... apakah setiap gerak dalam melaksanakan amal dan ketaatan ini kerana untuk kepentingan peribadi atau sekadar ingin mencari populariti??? atau adakah kerana dorongan mahukan redha Allah swt?
Ada 4 jenis muraqabah iaitu :
1. Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan cara ikhlas kepada-Nya.
2. Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara totally 100%.
3. Muraqabah dalam hal-hal yang mubah (harus) adalah dengan memelihara akhlak dan budi pekerti yang baik, kemudian bersaksi dengan setulus hati bahawa semua kenikmatan itu hanyalah berasal dari Allah. Kemudian dengan penuh kesedaran hati, bersyukur di atas segala nikmat-Nya.
4. Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha kepada ketentuan Allah swt serta memohon pertolongan-Nya dengan penuh kesabaran dan keyakinan.
Disini saya ingin berkongsi bersama sebuah peristiwa yang mana berlaku di depan mata saya sendiri..pada tengah hari tadi..ketika saya sedang mengambil wudhuk di salah sebuah masjid di malaysia tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang agak kuat..bunyi itu telah menarik perhatian saya untuk mencari dari mana datangnya bunyi tersebut..lalu saya terlihat sebuah kereta telah melanggar sebuah motosikal..saya melihat keadaan kereta tersebut agak teruk kerana cermin depannya pecah dan penunggang motosikat itu bernasib baik kerana masih hidup..yang nak jadi kesnya..si pemandu kereta tu tanpa berfikir panjang terus melarikan diri meninggalkan mangsa dalam kesakitan..walaupun begitu..kat sini Allah nak tujuk kuasa dia..plat nombor kereta tersebut patah dan tercabut...jadi kat sini saya dapat mengambil beberapa pengajaran iaitu...






